Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KPDN lancar kempen ‘Jom Beli Selamat’ tangani penipuan dalam talian
  • NASIONAL

KPDN lancar kempen ‘Jom Beli Selamat’ tangani penipuan dalam talian

Utusan Sarawak 12 hours ago
MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali ketika gimik perasmian Shopee Seller Summit dan Kempen Jom Beli Selamat hari ini. Turut hadir Ketua Hal Ehwal Awam dan Luaran Shopee Malaysia Nik Emir Nik Mohamed Din dan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Susulan peningkatan kes penipuan dalam talian yang semakin membimbangkan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan kempen “Jom Beli Selamat!: Klik Tanpa Risau” bagi memperkukuh perlindungan pengguna dalam ekosistem digital.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata inisiatif bersama Shopee dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bertujuan mempergiat agenda pendidikan kepenggunaan, khususnya dalam membudayakan amalan urus niaga dalam talian yang lebih selamat serta mengurangkan risiko pengguna menjadi mangsa penipuan.

“Platform seperti Shopee ini menyediakan saluran untuk memasarkan, mempromosi dan menjual barangan, dan ia perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya.

MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berucap pada perasmian Shopee Seller Summit dan Kempen Jom Beli Selamat hari ini. Foto BERNAMA

“Jadi penting untuk kita (KPDN) bekerjasama supaya ekosistem ini dapat membantu menangani isu scam (penipuan), sekali gus memastikan rakyat lebih selamat berbelanja,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kempen berkenaan sempena Shopee Seller Summit 2026 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Hal Ehwal Luar Shopee Malaysia Nik Emir Nik Mohamed Din serta Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman SAC Mohamed Lazim Ismail.

Armizan berkata kerugian akibat jenayah penipuan dalam talian di negara ini telah melepasi RM4.54 bilion bagi tempoh 2024 hingga 2025, membabitkan lebih 101,000 kes.

MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali melawat reruai selepas pada perasmian Shopee Seller Summit dan Kempen Jom Beli Selamat hari ini. Turut hadir Ketua Hal Ehwal Awam dan Luaran, Shopee Malaysia Nik Emir Nik Mohamed Din. Foto BERNAMA

Beliau berkata sebanyak 35,368 kes dengan kerugian RM1.57 bilion direkodkan pada 2024, sebelum meningkat hampir dua kali ganda kepada 66,204 kes dengan kerugian RM2.97 bilion pada tahun lepas.

Bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini pula, beliau berkata kerugian melebihi RM430 juta direkodkan, menunjukkan trend jenayah itu masih berterusan.

Selain itu, beliau berkata Shopee dan PDRM turut membangunkan sebuah laman mikro pendidikan yang menyediakan panduan praktikal mengenai taktik penipuan lazim, amalan pembelian selamat, langkah pencegahan serta akses kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC).- Bernama

Continue Reading

Previous: Isi rumah Malaysia bazirkan hingga 97.3 kg makanan setahun – DOSM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.