Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • TikTok Shop rintis Jualan Ihsan RAHMAH secara dalam talian – Armizan
  • NASIONAL

TikTok Shop rintis Jualan Ihsan RAHMAH secara dalam talian – Armizan

Utusan Sarawak 4 hours ago
MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali melihat jualan secara online daripada selebriti Fouziah Gous (dua, kiri) selepas Program Pesta JomLokal Tiktok: Lokal Jaga Lokal di The Campus Ampang hari ini. Turut sama Pengarah Kanan Kerjasama Strategik TikTok Shop Malaysia Nur Azre Abdul Aziz (kanan). Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: TikTok Shop Malaysia menjadi platform e-dagang pertama merintis pelaksanaan Jualan Ihsan RAHMAH secara dalam talian menerusi kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata kerjasama itu memperluas konsep Jualan RAHMAH ke platform e-dagang, sekali gus memudahkan pengguna mendapatkan barangan keperluan pada harga berpatutan.

Menerusi pelaksanaan itu, pengguna boleh mendapatkan barangan keperluan terpilih melibatkan 75 unit penyimpanan stok (SKU) pada harga diskaun melalui TikTok Shop daripada peruncit terpilih, iaitu HeroMarket dan KedaiFGV.

“Pernah juga terfikir ada yang mencadangkan kenapa tidak kita buat Jualan RAHMAH secara dalam talian, tetapi apabila kerajaan ingin melaksanakan sesuatu perkara, kita perlu fikir semua aspek berdasarkan sumber yang ada.

“Syukur, apabila kerajaan belum melaksanakan program Jualan RAHMAH secara dalam talian, TikTok merintis usaha untuk melaksanakan Jualan Ihsan RAHMAH ini secara dalam talian,” katanya ketika merasmikan Pesta JomLokal 2026: Lokal Jaga Lokal dan pelancaran Jualan Ihsan RAHMAH di Ampang hari ini.

Turut hadir Pengarah Kanan Perkongsian Strategi TikTok Shop Malaysia Nur Azre Abdul Aziz.

Armizan berkata TikTok Shop menyalurkan RM180 juta bagi melaksanakan tiga inisiatif utama menerusi Jualan Ihsan RAHMAH, termasuk pemberian baucar ihsan dengan diskaun sehingga 30 peratus bagi barangan keperluan terpilih.

Beliau berkata kerjasama itu turut melibatkan pelaksanaan kadar komisen sifar peratus bagi 56 subkategori barangan, pengurangan yuran platform bagi 39 subkategori lain serta rebat penghantaran RM2 bagi setiap pesanan layak di seluruh negara bagi mengurangkan kos operasi penjual dan kos pembelian dalam talian yang ditanggung pengguna.

“Program ini membawa tiga agenda utama, iaitu memartabatkan produk tempatan, membantu menguruskan isu kos sara hidup dan membantu usahawan meningkatkan pendapatan,” katanya.

Beliau berkata program berkenaan turut sejajar dengan kempen Jom Beli Produk Malaysia (JOM MALAYSIA) yang dilancarkan pada 27 Jun lepas, dengan memberi penekanan kepada pendekatan keseluruhan negara dalam menyokong produk tempatan merangkumi barangan, perkhidmatan serta usaha mempromosikan usahawan tempatan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ciri keselamatan pasport ditambah baik secara berkala bagi pastikan selamat, sukar dipalsukan
Next: Kawalan penjualan diesel di Sabah, Sarawak, Labuan dibatal mulai hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.