Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Usaha perangi dadah perlu komitmen berterusan demi masa depan negara
  • Tengah
  • WILAYAH

Usaha perangi dadah perlu komitmen berterusan demi masa depan negara

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Dr Mohammad Razi Sitam semasa merasmikan Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah Keselamatan Komuniti Bahagian Betong di Dewan Perpaduan, Debak, kelmarin. Foto: ADUN Saribas

DEBAK: Kejayaan memerangi penyalahgunaan dadah dan gejala sosial memerlukan komitmen serta kerjasama menyeluruh daripada semua pihak dan tidak boleh dipikul oleh agensi kerajaan semata-mata.

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Dr Mohammad Razi Sitam berkata, sinergi antara kerajaan, agensi pelaksana, pemimpin masyarakat, institusi keluarga dan pertubuhan komuniti merupakan pemangkin utama dalam membentuk komuniti yang sejahtera, selamat serta bebas daripada ancaman dadah.

Menurutnya, usaha membanteras penyalahgunaan dadah bukanlah sesuatu yang boleh dicapai dalam tempoh singkat, sebaliknya memerlukan komitmen berterusan demi menjamin masa depan keluarga, komuniti dan negara.

DATUK Dr Mohammad Razi Sitam semasa merasmikan Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah Keselamatan Komuniti Bahagian Betong di Dewan Perpaduan, Debak, kelmarin. Foto: ADUN Saribas

“Apabila kesedaran dipupuk, stigma dikurangkan dan pemulihan diberi ruang, kita bukan sahaja mengubah kehidupan seseorang individu, malah membina sebuah masyarakat yang lebih selamat, sejahtera dan berdaya tahan untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah Keselamatan Komuniti Bahagian Betong di Dewan Perpaduan, Debak, dekat sini kelmarin.

Dr Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas berkata, pelaksanaan Jelajah Aspirasi Komuniti Sejahtera (JABD) memberi tumpuan kepada tiga komponen utama bagi memperkukuh usaha pencegahan dan pemulihan penyalahgunaan dadah.

DATUK Dr Mohammad Razi Sitam semasa merasmikan Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah Keselamatan Komuniti Bahagian Betong di Dewan Perpaduan, Debak, kelmarin. Foto: ADUN Saribas

Katanya, komponen pertama ialah memperkukuh kesedaran dan daya tahan komuniti menerusi pendekatan pendidikan, advokasi serta interaksi sosial secara berterusan bagi membina masyarakat yang peka dan mampu menolak pengaruh dadah.

Komponen kedua pula mengarusperdanakan peranan klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang mengikuti Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) sebagai ejen perubahan serta contoh bahawa proses pemulihan mampu melahirkan individu yang produktif.

Beliau berkata, komponen ketiga ialah meningkatkan kehadiran strategik agensi penguatkuasaan di kawasan berisiko tinggi sebagai langkah pencegahan proaktif selain memperkukuh persepsi keselamatan dalam kalangan masyarakat.

Dr Razi turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program berkenaan dan berharap objektif yang digariskan dapat memberi manfaat berterusan kepada komuniti.

Beliau berkata, kejayaan membina masyarakat bebas dadah memerlukan semangat muafakat serta penyertaan aktif semua lapisan masyarakat dalam menyokong usaha pencegahan, pemulihan dan penguatkuasaan.

Dr Razi turut memetik peribahasa Melayu ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’ sebagai peringatan bahawa agenda membina komuniti yang bebas daripada ancaman dadah hanya mampu direalisasikan melalui kesepakatan dan komitmen padu semua pihak.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Ancaman hakisan tebing Seduku-Lingga semakin membimbangkan, tindakan segera diperlukan
Next: Program ‘Talk To Us’ perkukuh kerjasama polis dan komuniti cegah jenayah di Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.