Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kebakaran kemudahan luar pesisir terkawal, tiada ancaman kepada komuniti
  • Utara
  • WILAYAH

Kebakaran kemudahan luar pesisir terkawal, tiada ancaman kepada komuniti

Utusan Sarawak 8 hours ago
TULAR…Tangkap layar daripada video tular memaparkan
api menjulang di kemudahan West Lutong Vent A (WLV-A)
di luar pesisir Sarawak pada petang semalam.

MIRI: Kebakaran di kemudahan West Lutong Vent A (WLV-A) di luar pesisir Sarawak berjaya dikawal tanpa melibatkan sebarang kecederaan atau ancaman kepada keselamatan komuniti berhampiran.

Vestigo Petroleum Sdn. Bhd., anak syarikat Petronas Carigali Sdn. Bhd., dalam kenyataan hari ini mengesahkan insiden itu berlaku kira-kira 2.00 petang semalam di kemudahan berkenaan.

Menurut syarikat itu, punca kebakaran masih dalam siasatan, manakala langkah berjaga-jaga telah diambil bagi menguruskan sebarang risiko pendedahan dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan.

“Tiada kecederaan atau petugas yang terjejas, dan insiden itu tidak menimbulkan ancaman segera kepada komuniti serta alam sekitar,” menurut kenyataan tersebut.

Vestigo turut menegaskan komitmennya untuk terus mengutamakan keselamatan petugas, melindungi alam sekitar serta memastikan integriti operasi syarikat sentiasa terpelihara.

Terdahulu, rakaman video memaparkan kejadian kebakaran di kemudahan luar pesisir itu tular di media sosial sebelum syarikat mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden berkenaan.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Program badminton erat hubungan komuniti, galak gaya hidup sihat
Next: BBP Bintangor perkasa kesedaran keselamatan menerusi MyLesen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.