Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka korban gempa bumi di Venezuela meningkat lebih 1,400
  • GLOBAL

Angka korban gempa bumi di Venezuela meningkat lebih 1,400

Utusan Sarawak 6 hours ago
PENYELAMAT melakukan operasi mencari mangsa yang mungkin terperangkap di sebuah bangunan yang runtuh susulan gempa bumi berkembar, di Caraballeda, Negeri La Guaira, kira-kira 40 kilometer timur laut Caracas. Foto AFP

MEXICO CITY: Angka kematian akibat gempa bumi di Venezuela meningkat kepada 1,430 orang, manakala lebih 3,200 lagi cedera, menurut Ketua Perhimpunan Kebangsaan Venezuela Jorge Rodríguez pada Sabtu, lapor agensi berita Jerman dpa.

Sebanyak 430 gegaran susulan direkodkan selepas gempa bumi berukuran 7.2 dan 7.5 pada skala Richter yang melanda negara itu pada Rabu.

Lebih 70,000 keluarga telah menerima bantuan daripada pihak berkuasa susulan bencana berkenaan.

Tiga hari selepas gempa bumi melanda, nasib puluhan ribu penduduk di Venezuela masih belum dapat dipastikan.

Gempa itu menyebabkan kemusnahan besar terutama di negeri La Guaira serta ibu negara, Caracas.

Di beberapa kawasan, keseluruhan blok bangunan tinggi musnah.

Operasi mencari dan menyelamat di celah runtuhan bangunan masih diteruskan dalam keadaan mencabar, dengan penduduk tempatan dan sukarelawan berganding bahu membantu pasukan penyelamat profesional.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Gempa bumi 6.1 skala richter gegar timur laut Jepun, tiada amaran tsunami
Next: Australia gandakan denda bagi pelanggaran larangan media sosial untuk kanak-kanak bawah 16 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.