Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hubungan baik Sarawak-Persekutuan perlu terus diperkukuh demi kepentingan rakyat
  • TEMPATAN

Hubungan baik Sarawak-Persekutuan perlu terus diperkukuh demi kepentingan rakyat

Utusan Sarawak 24 hours ago
DATO Fazzrudin Abdul Rahman ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Kelam Carbut Belia Tupong, di Kubah Ria malam tadi.

KUCHING: Hubungan baik antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan perlu terus dipelihara bagi memastikan agenda pembangunan serta pelbagai kepentingan negeri dapat direalisasikan demi manfaat rakyat.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, kerjasama erat yang terjalin antara kedua-dua kerajaan telah membolehkan pelbagai perkara penting untuk Sarawak dicapai, termasuk dalam aspek pembangunan dan kepentingan strategik negeri.

Menurutnya, usaha mengekalkan hubungan baik itu perlu diteruskan, namun terdapat pihak yang dilihat cuba memperkecilkan kemampuan Sarawak sehingga boleh menjejaskan keharmonian yang telah dibina.

“Kita mahu mengekalkan hubungan baik ini, namun ada pihak yang terus cuba memperkecilkan kemampuan Sarawak dan memecahbelahkan keharmonian yang telah dibina.

“Kita mahu bergerak bersama-sama demi kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Kelam Carbut Belia N.6 Tupong, di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu berkaitan pengambilalihan Bintulu Port Holdings Berhad yang menurutnya membuktikan pentingnya persefahaman antara kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan dalam merealisasikan agenda pembangunan negeri.

Fazzrudin berkata, pendekatan yang berasaskan kerjasama dan saling menghormati lebih memberi manfaat kepada rakyat berbanding usaha yang boleh menimbulkan perpecahan atau polemik politik.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak dapat memainkan peranan secara konstruktif dengan menyokong usaha memperkukuh hubungan antara Sarawak dan Kerajaan Persekutuan agar pelbagai agenda pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: DAPSY digesa fahami perkembangan Sarawak sebelum pertikai kejayaan Pelabuhan Bintulu
Next: Kelam Carbut Belia jadi platform belia tonjol bakat keusahawanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.