Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Khabar angin perpisahan Lisa, Frederic Arnault kembali hangat
  • HIBURAN

Khabar angin perpisahan Lisa, Frederic Arnault kembali hangat

Utusan Sarawak 14 hours ago
STATUS hubungan Lisa dan Frederic Arnault kembali jadi perhatian.

SEOUL: Khabar angin mengenai hubungan anggota BLACKPINK, Lisa, dengan Frederic Arnault dikatakan telah berakhir kembali menjadi perhatian selepas majalah Vanity Fair membayangkan pasangan itu mungkin sudah berpisah.

Dalam artikel muka depan edisi musim panas bertajuk The Life of a K-Pop Showgirl yang diterbitkan pada Selasa, Vanity Fair menelusuri kehidupan Lisa sebagai bintang global serta cabaran yang dihadapinya akibat kemasyhuran di peringkat antarabangsa.

Majalah itu turut menyentuh hubungan yang lama dikaitkan dengan Frederic Arnault, anak keempat kepada Bernard Arnault, pengerusi syarikat konglomerat barangan mewah LVMH.

“Lisa dikhabarkan menjalinkan hubungan dengan Frederic Arnault sejak pertengahan 2023. Mereka nampaknya kini telah berpisah,” menurut laporan itu.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak tidak pernah mengesahkan hubungan tersebut secara terbuka.

Menurut Vanity Fair, Lisa enggan mengulas mengenai kehidupan peribadinya ketika sesi wawancara. Wakil publisitinya turut meminta perkara berkaitan hubungan peribadi tidak dibangkitkan.

Sebaliknya, penyanyi berusia 29 tahun itu berkongsi mengenai kesan kemasyhuran terhadap privasinya, termasuk gangguan daripada peminat obsesif atau dikenali sebagai “sasaeng”.

Lisa mendedahkan pernah berdepan peminat yang menunggu di luar kediamannya serta cubaan seorang individu untuk menaiki teksi bersamanya.

“Saya rasa selepas saya bercakap mengenai ketiadaan privasi dalam hidup saya, peminat kini lebih menghormatinya,” katanya.

Beliau turut mengakui tekanan hidup sebagai selebriti terkenal dunia dan mengakui ada kalanya mahu menjalani kehidupan seperti orang biasa.

Khabar angin hubungan Lisa dan Arnault mula timbul pada Julai 2023 selepas mereka dilihat bersama di sebuah restoran di Paris. Kemunculan mereka bersama di beberapa negara selepas itu terus mencetuskan spekulasi, termasuk dakwaan mengenai kemungkinan mereka berkahwin.

Awal tahun ini, khabar angin perpisahan mula tersebar selepas Arnault dilaporkan tidak menghadiri sambutan hari jadi Lisa di Bali. Kenyataan terbaharu Vanity Fair kini kembali mencetuskan perbincangan mengenai status hubungan pasangan itu di media sosial. – AGENS

Continue Reading

Previous: Anak lelaki Liam Payne bakal mewarisi harta pusaka RM123 juta
Next: DFP gabung Mak Yong, Shakespeare dalam pementasan rentas budaya 25 Julai ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.