Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Laporte bimbang Uruguay akan berjuang habis-habisan elak tersingkir Piala Dunia menentang Sepanyol
  • TEMPATAN

Laporte bimbang Uruguay akan berjuang habis-habisan elak tersingkir Piala Dunia menentang Sepanyol

Utusan Sarawak 9 hours ago
AYMERIC Laporte #14 dari Sepanyol bercakap dengan media semasa sidang media di Baylor School, Chattanooga. Foto AFP

CHATTANOOGA, Amerika Syarikat: Pertahanan Sepanyol, Aymeric Laporte berkata juara Eropah itu perlu berwaspada dengan serangan hebat daripada Uruguay ketika pasukan kendalian Marcelo Bielsa itu berusaha mengelak penyingkiran awal yang memalukan di Piala Dunia.

Kedua-dua pasukan akan bertemu di Guadalajara awal pagi Sabtu (waktu Malaysia) dengan satu mata sudah cukup untuk Sepanyol mengesahkan tempat teratas Kumpulan H.

Kekalahan hampir pasti akan menyaksikan Uruguay tersingkir selepas mereka sekadar seri dengan Arab Saudi dan Cape Verde dalam dua perlawanan pembukaan.

Sepanyol gagal menembusi pertahanan Cape Verde dalam keputusan seri 0-0, namun kembali bangkit dengan dibantu kepulangan Lamine Yamal untuk membelasah Arab Saudi 4-0.

“Saya rasa jelas mereka akan bermain habis-habisan, sama seperti kami jika berada dalam situasi mereka,” kata Laporte pada sidang media Rabu.

“Itu standard bagi pasukan pernah juara yang pastinya mahu mara ke peringkat kumpulan, tetapi nasib kami berada di tangan sendiri.

“Kami tahu apa yang perlu dilakukan, kami sangat bermotivasi untuk menamatkan peringkat kumpulan dengan baik dan kedua-dua pasukan akan bermain habis-habisan.”

Laporte akan berdepan salah seorang bekas jurulatihnya, Bielsa, yang memberikan debut antarabangsa kepadanya ketika mereka bersama di Athletic Bilbao.

Dalam Piala Dunia ketiganya bersama tiga negara berbeza, Bielsa menerima kritikan keras kerana tidak membina hubungan rapat dengan pemain sejak mengendalikan Uruguay.

Namun Laporte hanya memberikan pujian kepada pengendali Argentina itu.

“Beliau memberikan saya debut dan kami kemudian bertemu semula di England,” kata Laporte.

“Kami sudah banyak kali berbual dan saya hanya boleh berterima kasih atas apa yang beliau lakukan untuk saya.” – AFP

Continue Reading

Previous: Kenaikan tambang penerbangan cabaran baharu RWMF 2026
Next: Polis bantuan cedera dilibas parang, lelaki warga asing ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.