Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KPKM sedia hadapi kesan El Nino, pantau bekalan makanan – Mohamad
  • NASIONAL

KPKM sedia hadapi kesan El Nino, pantau bekalan makanan – Mohamad

Utusan Sarawak 6 hours ago
MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu (tengah) ketika sidang media pada Majlis Pelepasan Kontena Nanas Segar Eskport Ke New Zealand di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersedia menghadapi sebarang kesan fenomena El Nino terhadap sektor pertanian dan bekalan makanan negara.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kementerian itu akan mengeluarkan amaran awal kepada rakyat sekiranya berlaku cuaca panas yang ketara akibat fenomena berkenaan, selain memantau kesannya terhadap pengeluaran hasil pertanian, terutamanya sayur-sayuran.

“Ini (El Nino) memang satu perubahan cuaca yang kita kena bersedia untuk menghadapinya. Ertinya kalau berlaku cuaca panas yang ketara, amaran awal akan diberitahu kepada rakyat dan (terutamanya) penanam sayur, misalnya kalau ada yang terjejas,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pelepasan Eksport Nanas MD2 ke New Zealand, di sini, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KPKM Datuk Seri Isham Ishak.

Mohamad berkata Malaysia juga bersedia bekerjasama dengan negara-negara ASEAN bagi memastikan bekalan makanan terus mencukupi sekiranya berlaku gangguan pengeluaran hasil pertanian secara mendadak akibat fenomena berkenaan.

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu ketika ditemui media pada Majlis Pelepasan Kontena Nanas Segar Eksport ke New Zealand di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), hari ini. Foto BERNAMA

“Kita bersedia dengan rakan-rakan ASEAN dan sebagainya untuk menampung antara satu sama lain kalau berlaku perubahan-perubahan hasil mengejut akibat daripada El Nino itu,” katanya.

Beliau berkata langkah itu penting bagi memastikan keterjaminan bekalan makanan negara terus terpelihara meskipun berdepan perubahan cuaca yang tidak menentu.

Pada 14 Jun lepas, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan jabatan itu sedang memantau rapi perkembangan fenomena El Nino, yang dijangka mula mempengaruhi cuaca negara dalam masa terdekat dan berkemungkinan berterusan hingga awal 2027.

Fenomena itu dijangka menyebabkan cuaca lebih panas dan kering daripada biasa, khususnya sepanjang Monsun Barat Daya yang bermula pada 14 Mei, dan dijangka berterusan hingga September tahun ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: MetMalaysia keluarkan nasihat Taufan Mekkhala
Next: Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini, penutupan perniagaan punca utama – Ramanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.