Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka tinggi didorong aktiviti pembelian saham murah
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka tinggi didorong aktiviti pembelian saham murah

Utusan Sarawak 5 hours ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, meningkat daripada penurunan semalam berikutan aktiviti pembelian saham murah dalam saham mewah terpilih melonjakkan sentimen, kata seorang penganalisis.

Pada 9.25 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.55 mata atau 0.27 peratus kepada 1,684.47 daripada 1,679.92 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks utama dibuka tinggi 2.11 mata kepada 1,682.03.

Pasaran secara menyeluruh positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 208 berbanding 142 manakala 244 kaunter tidak berubah, 2,146 tidak diniagakan dan 41 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 128.79 juta saham bernilai RM85.64 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup bercampur-campur semalaman berikutan pelabur mengambil untung dalam saham teknologi, perindustrian dan bahan asas susulan rali baru-baru ini.

Beliau berkata sentimen serantau kekal rapuh dengan Indeks Hang Seng Hong Kong susut dalam persekitaran kelemahan berterusan dalam ekuiti China dan keyakinan pelabur yang berkurangan.

Thong berkata kebimbangan mengenai perjanjian damai antara Amerika Syarikat dan Iran, ditambah pula dengan penjualan semula saham teknologi AS telah menjejaskan sentimen di seluruh pasaran Asia, mendorong pengambilan untung dalam kaunter berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor.

“Walaupun sentimen berhati-hati, penilaian yang menarik dalam saham saham mewah terpilih boleh memberi sokongan kepada pasaran tempatan.

“Kami menjangkakan FBM KLCI akan diniagakan dalam julat 1,675 hingga 1,690 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Antara saham wajaran tinggi, Maxis menambah 4.0 sen kepada RM3.28, IOI Corporation dan Gamuda naik 5.0 sen masing-masing kepada RM4.35 dan RM4.39, CelcomDigi meningkat 3.0 sen kepada RM2.68, manakala SD Guthrie melonjak 6.0 sen kepada RM6.14.

Bagi saham aktif, Dagang Nexchange dan GIIB menokok setengah sen masing-masing kepada 43 sen dan 44 sen, AirAsia X naik 1.0 sen kepada RM1.32, Pentech susut 1.5 sen kepada 31.5 sen, manakala Tanco tidak berubah pada 13.5 sen.

Kaunter paling untung menyaksikan Nestle meningkat 76 sen kepada RM95.76, F&N melonjak 46 sen kepada RM28.36, United Plantations menambah 28 sen kepada RM33.24, manakala UWC dan Hong Leong Financial Group menokok 20 sen masing-masing kepada RM6.30 dan RM18.52.

Antara kaunter paling rugi, Dutch Lady Milk Industries susut 58 sen kepada RM31.92, Kuala Lumpur Kepong merosot 28 sen kepada RM21.32, PPB berkurangan 9.0 sen kepada RM9.32, manakala Frontken dan KESM menguncup 7.0 sen masing-masing kepada RM4.83 dan RM3.83.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 31.18 mata kepada 12,471.85, Indeks FBM Top 100 meningkat 31.12 mata kepada 12,308.36 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 29.80 mata kepada 12,342.28, Indeks FBM Mid 70 melonjak 36.11 mata kepada 17,814.83 dan Indeks FBM ACE naik 9.91 mata kepada 4,729.59.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 54.85 mata kepada 19,828.03, Indeks Tenaga naik 2.35 mata kepada 749.81, Indeks Perladangan menambah 17.62 mata kepada 8,985.34 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan melonjak 0.25 mata kepada 184.43.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka rendah susulan data ekonomi AS yang kukuh sokong dolar AS
Next: Garis panduan LAE diumum hujung tahun ini, perkasa kawal selia dan tadbir urus industri – Loke

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.