Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas maut kemalangan di lampu isyarat Jalan Sekama
  • KEMALANGAN

Warga emas maut kemalangan di lampu isyarat Jalan Sekama

Utusan Sarawak 3 hours ago
KEMALANGAN melibatkan sebuah Proton Saga dan Mitsubishi Triton di lampu isyarat Jalan Sekama mengorbankan seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun, hari ini.

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun maut dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah Proton Saga dan Mitsubishi Triton di lampu isyarat Jalan Sekama, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, berkata kemalangan itu berlaku kira-kira 12.20 tengah hari.

Menurut siasatan awal, Mitsubishi Triton berkenaan berhenti di persimpangan lampu isyarat ketika lampu merah sebelum sebuah Proton Saga yang datang dari arah belakang dipercayai hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang kenderaan tersebut.

“Pemandu Mitsubishi Triton, seorang lelaki tempatan berusia 70 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bagaimanapun, pemandu Proton Saga, lelaki tempatan berusia 67 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Umum Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk tujuan bedah siasat.

Menurutnya, kedua-dua kenderaan yang terlibat turut dibawa ke Balai Polis Trafik Kuching untuk pemeriksaan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Saundri Govinda Rajoo di talian 011-2754 9620 atau 082-259900, atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Dua wanita warga asing cedera dalam kemalangan dekat Kuala Baram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.