Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jordan kalah kepada Algeria, insiden rempuhan ragut nyawa
  • GLOBAL

Jordan kalah kepada Algeria, insiden rempuhan ragut nyawa

Utusan Sarawak 3 hours ago
PENYOKONG pasukan Jordan berkumpul di Amman untuk menonton perlawanan Kumpulan J Piala Dunia 2026 menentang Algeria melalui skrin gergasi di amfiteater Rom abad ke-2, berhampiran Dataran Hashemite. Foto: AFP

BEIRUT: Seorang maut dalam insiden rempuhan peminat bola sepak di Amman selepas Jordan tewas 2-1 kepada Algeria dalam Piala Dunia FIFA 2026, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kementerian Dalam Negeri Jordan memaklumkan bahawa sembilan individu dimasukkan ke hospital selepas menyaksikan perlawanan berkenaan menerusi skrin besar di dataran awam di ibu negara itu.

Seorang daripada mangsa meninggal dunia tidak lama kemudian. Mangsa yang lain telah menerima rawatan dan berada dalam keadaan stabil, tambah kementerian itu.

Ribuan rakyat Jordan berhimpun di Hashemite Plaza di pusat bandar Amman pagi tadi untuk menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut. Jordan yang membuat penampilan sulung di Piala Dunia berdepan Algeria dalam aksi Kumpulan J di San Francisco. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Seorang maut, kereta rempuh hentian trem di Berlin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.