Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua wanita warga asing cedera dalam kemalangan dekat Kuala Baram
  • KEMALANGAN

Dua wanita warga asing cedera dalam kemalangan dekat Kuala Baram

Utusan Sarawak 7 hours ago
 
ROSAK…Keadaan dua kenderaan selepas terlibat kemalangan berhampiran lampu isyarat Jalan Bypass Kuala Baram di Miri, petang ini.

MIRI: Dua wanita warga asing mengalami kecederaan ringan selepas kereta sedan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda berhampiran lampu isyarat Jalan Bypass Kuala Baram, di sini, petang ini.

Dalam kejadian kira-kira 2.37 petang itu, lima individu terlibat membabitkan dua kenderaan berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

“Sejurus tiba pada 2.49 petang, pasukan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang membawa tiga mangsa serta sebuah kereta sedan yang dinaiki dua wanita warga Bangladesh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Tiga mangsa dalam kenderaan pacuan empat roda terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita dewasa dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Katanya, dua wanita yang menaiki kereta sedan mengalami kecederaan ringan dan telah diberikan rawatan awal oleh petugas kesihatan sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

“Tiada operasi menyelamat dijalankan kerana semua mangsa telah dikeluarkan. Pasukan bomba hanya melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian sebelum operasi ditamatkan pada 3.41 petang,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Wanita maut Tesla Model 3 dipercayai dalam mod pandu sendiri langgar rumah di Texas
Next: Warga emas maut kemalangan di lampu isyarat Jalan Sekama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.