Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • BPSB kekal pengendali pelabuhan bintulu susulan perubahan status
  • TEMPATAN

BPSB kekal pengendali pelabuhan bintulu susulan perubahan status

Utusan Sarawak 6 hours ago
PEMANDANGAN Pelabuhan Bintulu yang dirakam dari Anjung Tinjau Menara Kidurong, lokasi berlangsungnya Majlis Penyerahan Cek Penukaran Status Pelabuhan Bintulu daripada pelabuhan persekutuan kepada pelabuhan negeri, hari ini. Foto Bernama.

KUALA LUMPUR: Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) memaklumkan anak syarikat milik penuhnya, Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB), akan terus mengendalikan Pelabuhan Bintulu susulan penukaran status daripada pelabuhan persekutuan kepada pelabuhan negeri.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, pengendali pelabuhan itu menyatakan kerajaan Sarawak telah memutuskan BPSB akan menjadi pengendali sah apabila Pelabuhan Bintulu bertukar status.

“Sehubungan itu, BPSB dijangka memeterai satu perjanjian dengan pihak berkuasa sewajarnya untuk mengendali, mengurus serta memajukan Pelabuhan Bintulu,” menurutnya.

Pada 21 Jun lepas, BPSB telah memeterai perjanjian tiga pihak dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak susulan penukaran status pelabuhan berkenaan.

“Perjanjian itu bertujuan melepaskan dan membebaskan Kerajaan Persekutuan daripada sebarang tuntutan dan obligasi oleh Kerajaan Sarawak serta BPSB yang mungkin timbul daripada atau berkaitan dengan perjanjian penswastaan bertarikh 31 Disember 1992,” menurut syarikat itu.

Selain itu, BPHB memaklumkan peralihan status Pelabuhan Bintulu dan pemeteraian perjanjian tiga pihak berkenaan tidak akan menjejaskan operasi harian pelabuhan, penerusan perkhidmatan untuk pelanggan serta hak dan obligasi sedia ada BPSB di bawah aturan operasinya.

“Kumpulan ini akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan bagi menyokong proses peralihan secara lancar selain memastikan operasi pelabuhan kekal stabil, cekap dan tidak terjejas,” menurutnya. – Bernama

Continue Reading

Previous: 90 projek RADDA bernilai RM1.525 bilion dijangka siap sebelum 2029
Next: Sarawak jadi kanvas seniman antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.