Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Reformasi subsidi diesel perlu ambil kira realiti Sarawak — Eric Tay
  • TEMPATAN

Reformasi subsidi diesel perlu ambil kira realiti Sarawak — Eric Tay

Utusan Sarawak 5 hours ago
ERIC Tay Tze Kok, menggesa Kerajaan Persekutuan mengambil kira cabaran geografi dan keperluan pengangkutan unik di Sarawak dalam pelaksanaan subsidi diesel bersasar bermula 1 Julai ini.

KUCHING: Ahli Majlis Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Eric Tay Tze Kok, menggesa Kerajaan Persekutuan supaya mengambil kira cabaran geografi dan keperluan pengangkutan unik di Sarawak dalam pelaksanaan mekanisme subsidi diesel bersasar yang dijadual bermula 1 Julai ini.

Walaupun menyokong usaha kerajaan membendung ketirisan subsidi dan aktiviti penyeludupan, beliau berkata kebimbangan utama rakyat di Sarawak adalah terhadap cadangan kuota bulanan 200 liter bahan api bersubsidi yang dilaporkan dikongsi antara diesel dan RON95.

“Ramai rakyat Sarawak perlu melakukan perjalanan jarak jauh setiap hari untuk bekerja, berniaga dan mendapatkan perkhidmatan penting. Penggunaan bahan api yang lebih tinggi di sini adalah satu keperluan, bukannya pilihan,” katanya.

Menurut beliau, penduduk luar bandar, petani, peniaga kecil serta pengusaha pengangkutan amat bergantung kepada kenderaan berkuasa diesel, dan sistem kuota bersama itu boleh meningkatkan beban kos sara hidup, khususnya bagi isi rumah yang memiliki kenderaan diesel dan petrol.

Tay turut memberi amaran bahawa ramai pemilik kenderaan berkemungkinan menghabiskan kuota subsidi mereka sebelum hujung bulan, sekali gus terpaksa membeli bahan api pada harga pasaran.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kerajaan Persekutuan meneliti semula rangka kerja subsidi bagi Sabah dan Sarawak dengan mempertimbangkan kuota yang lebih tinggi atau mekanisme yang lebih fleksibel yang sesuai dengan keperluan unik Malaysia Timur.

“Rakyat Sarawak menyokong reformasi subsidi, namun pelaksanaannya mesti mengambil kira realiti tempatan,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: FWTA perlu seimbangkan autonomi imigresen, kelestarian perniagaan
Next: 90 projek RADDA bernilai RM1.525 bilion dijangka siap sebelum 2029

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.