
SANTA CLARA, Amerika Syarikat: Algeria bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Jordan 2-1 dalam aksi Kumpulan J Piala Dunia 2026, sebentar tadi, sekali gus menyingkirkan pasukan yang membuat penampilan sulung itu daripada kejohanan.
Jordan terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Nizar Al-Rashdan sebelum Amine Gouiri menyamakan kedudukan buat Algeria.
Nadhir Benbouali kemudian muncul wira Algeria apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-82 di Santa Clara.

Kemenangan itu menghidupkan peluang Algeria untuk mara ke pusingan kalah mati sekiranya mereka berjaya menewaskan Austria dalam perlawanan terakhir kumpulan di Kansas City pada Sabtu ini.
Austria sebelum itu tewas 0-2 kepada Argentina, sekali gus menyaksikan pasukan Amerika Selatan itu mendahului Kumpulan J dengan enam mata.

Austria dan Algeria kini masing-masing mengumpul tiga mata.
Jordan pula akan menamatkan kempen Piala Dunia mereka dengan menentang Argentina di Arlington, Texas pada Sabtu ini. – AFP