Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Seludup dua migran, warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara dua tahun
  • MAHKAMAH

Seludup dua migran, warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara dua tahun

Utusan Sarawak 13 hours ago
SEORANG lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyeludup dua orang migran, baru-baru ini. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

KUCHING: Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun oleh Mahkamah Tinggi 1 Kuching selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyeludup migran mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) [Akta 670].

Menurut kenyataan media Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak, tertuduh yang dikenali sebagai Rayudi Jamal mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Amelati Parnell.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didapati telah menyeludup dua orang warga Indonesia sebelum ditahan di kawasan Sekolah Holy Name, Jalan Biawak berhampiran Simpang Lorong Rukam 4, Lundu.

Kes tersebut membuktikan komitmen berterusan pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan penyeludupan migran yang menyalahi undang-undang serta boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memilih untuk mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di mahkamah, sekali gus mempercepatkan proses perbicaraan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kong Siew Chuo yang mengemukakan fakta dan hujahan bagi menyokong pertuduhan terhadap tertuduh.

Mahkamah selepas mempertimbangkan pengakuan bersalah serta fakta kes memerintahkan hukuman penjara selama dua tahun dikenakan terhadap tertuduh, bermula dari tarikh tangkapan.

Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak menegaskan tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu atau sindiket yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan migran selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan keselamatan sempadan negara sentiasa terpelihara.

Oleh Adi Safarman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Padah menyamar sebagai pegawai polis, lelaki dipenjara 10 bulan di Miri
Next: Tarikh akhir inkues Zara Qairina sehingga 23 Oktober – Koroner

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.