Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Marudi Classic 2.0 himpun 148 peserta serantau, Brunei dominasi beberapa kategori
  • TEMPATAN

Marudi Classic 2.0 himpun 148 peserta serantau, Brunei dominasi beberapa kategori

Utusan Sarawak 20 hours ago
MENGGALAKKAN…Pelumba dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung memeriahkan Program Marudi Classic 2.0. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Masterpiece Cycling Club Kuching mencatat kemenangan dalam kategori Lelaki Terbuka pada perlumbaan basikal sempena Marudi Classic 2.0 yang bermula dan berakhir di Dataran Marudi, semalam.

Bagi kategori lain, pelumba dari Brunei Darussalam mendominasi kategori Lelaki Master A, Lelaki Master B serta Wanita Terbuka, manakala kategori Lelaki Veteran dimenangi peserta dari Miri.

Sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu Lelaki Terbuka, Lelaki Master A, Lelaki Master B, Lelaki Veteran dan Wanita Terbuka.

Seramai 148 peserta menyertai acara tersebut yang melibatkan penyertaan dari Brunei Darussalam, Sabah, Labuan, Lawas, Limbang, Semenanjung serta beberapa bahagian di Sarawak termasuk Miri, Bintulu, Sarikei dan Kuching.

Marudi Classic 2.0 dianjurkan hasil kerjasama Pejabat Daerah Marudi dan Masterpiece Cycling Club Kuching dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan.

Pegawai Pejabat Daerah Marudi, Rose Edward Tarang, ketika menyampaikan ucapan pada majlis penutupan berkata program tersebut bukan sekadar acara perlumbaan basikal, sebaliknya menjadi platform strategik untuk memperkenalkan potensi Daerah Marudi kepada komuniti sukan berbasikal serta pelancong.

Beliau berkata peserta dari pelbagai lokasi berpeluang menikmati keindahan landskap sepanjang perjalanan menuju ke pekan Marudi yang dikelilingi kawasan hutan, gunung-ganang dan bukit-bukau.

TAHNIAH…Pemenang perlumbaan basikal, Marudi Classic 2.0 bergambar kenangan. Foto Jiku Juguong

Dalam pada itu, beliau menambah bahawa apabila projek pembinaan jalan Miri–Marudi–Lawas–Limbang (MMLL) siap, laluan berkenaan akan disambungkan dengan jaringan Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR) yang bermula dari Long Iman, sekali gus meningkatkan lagi akses ke daerah tersebut.

Marudi Classic 2.0 turut diserikan dengan pelbagai aktiviti sampingan bagi memeriahkan lagi suasana program.

Turut hadir ialah Pengerusi Masterpiece Cycling Club Kuching, Abu Bakar Jolhassan; Ketua Polis Daerah Marudi, DSP Nor Aizan Mohd Jamil; serta ketua-ketua masyarakat setempat.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: RM28 juta perkasa ekosistem keusahawanan belia Sarawak
Next: KMKK perlu patuh peraturan penjawat awam, kekalkan integriti tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.