Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita maut Tesla Model 3 dipercayai dalam mod pandu sendiri langgar rumah di Texas
  • KEMALANGAN

Wanita maut Tesla Model 3 dipercayai dalam mod pandu sendiri langgar rumah di Texas

Utusan Sarawak 16 hours ago
KEROSAKAN pada sebuah rumah selepas sebuah kenderaan Tesla merempuh kediaman tersebut di Katy, Texas, pada 19 Jun 2026. Foto Pejabat Konstabel Presint 5 Daerah Harris.

ANKARA: Seorang wanita maut selepas sebuah kenderaan Tesla yang dipercayai berada dalam mod pandu sendiri melanggar sebuah rumah di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.

Insiden itu berlaku 8.00 malam waktu tempatan pada Jumaat (0100 GMT Sabtu) di Katy apabila sebuah kenderaan Tesla jenis Model 3 yang dipandu Michael Butler dipercayai keluar dari lorongnya sebelum terbabas dan melanggar sebuah kediaman, menurut laporan ABC News yang memetik pihak berkuasa.

Menurut Pejabat Syerif Daerah Harris, Butler mengendalikan kenderaan itu menggunakan ‘sistem bantuan pemanduan automatik’ ketika kemalangan berlaku.

Tesla

“Tesla yang dipandu Butler memasuki kediaman itu pada kelajuan tinggi dan melanggar M. Avila yang berada di dalam rumah berkenaan,” menurut pejabat syerif dalam satu kenyataan.

Avila diterbangkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia kemudian, kata penyiasat.

Pihak berkuasa berkata, Butler cedera dalam kemalangan itu, namun tidak menunjukkan tanda-tanda berada di bawah pengaruh alkohol dan telah memberikan kerjasama kepada penyiasat.

Menurut laporan itu, siasatan masih dijalankan dan setakat petang Sabtu, tiada sebarang pertuduhan difailkan. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Tiga kenderaan bertembung di hadapan Puspakom Sri Aman, seorang cedera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.