Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Koperasi Kampung Kuala Sibuti terus kukuh harungi cabaran
  • Utara
  • WILAYAH

Koperasi Kampung Kuala Sibuti terus kukuh harungi cabaran

Utusan Sarawak 5 hours ago
TERIMA KASIH… Datuk Rosey Yunus menerima cenderahati daripada Pengerusi Koperasi Kampung Kuala Sibuti Miri Berhad, Munil Yaman pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-34 Koperasi Kampung Kuala Sibuti Miri Berhad, semalam.

BEKENU: Koperasi Kampung Kuala Sibuti Miri Berhad terus membuktikan keupayaan sebagai sebuah organisasi yang kukuh dan berdaya tahan apabila berjaya mengharungi pelbagai cabaran sepanjang penubuhannya sehingga mencatatkan pencapaian yang membanggakan.

Kepimpinan koperasi diibaratkan sebagai sebatang pokok yang teguh berdiri walaupun berdepan dengan tiupan angin kencang dan pelbagai cabaran.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus berkata, semakin tinggi kejayaan yang dicapai, semakin banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi, namun perkara tersebut tidak seharusnya melemahkan semangat anggota koperasi.

“Tahniah kepada barisan kepimpinan dan anggota koperasinya yang berjaya mengekalkan kestabilan organisasi sejak penubuhannya.

“Tempoh perjalanan yang panjang itu bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya memerlukan kesabaran, komitmen dan kerjasama semua pihak untuk memastikan koperasi terus berkembang maju,” katanya.

Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-34 Koperasi Kampung Kuala Sibuti Miri Berhad, di Dewan Serbaguna Kampung Kuala Sibuti, semalam.

Tambahnya, cabaran yang datang dari luar perlu dihadapi secara bersama-sama, namun yang lebih penting ialah memastikan perpaduan dalaman sentiasa terpelihara.

“Perpecahan dalam kalangan anggota hanya akan merugikan koperasi sendiri, manakala pihak luar pula akan mendapat manfaat daripada kelemahan tersebut.

“Pengurusan kewangan koperasi yang disifatkan amat berhemah apabila berjaya mengumpulkan simpanan dan pelaburan yang kukuh sehingga mencecah nilai melebihi setengah juta ringgit.

“Amalan menyimpan dan melabur secara berdisiplin serta hanya menggunakan hasil dividen untuk keperluan tertentu dianggap sebagai strategi kewangan yang bijak dan menjadi asas kepada kestabilan koperasi pada masa hadapan,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau menggesa agar perancangan pembangunan koperasi diteruskan termasuk usaha merealisasikan pembinaan bangunan koperasi dan projek-projek yang mampu memberikan manfaat serta kemakmuran kepada seluruh anggota.

Sehubungan itu, beliau yakin dengan semangat kerjasama dan pengurusan yang baik, Koperasi Kampung Kuala Sibuti mampu mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: 807 peserta Program Bantuan Lesen Memandu B2 DUN Tupong jalani latihan amali
Next: Koperasi Kampung Kuala Sibuti kekal kukuh, agih dividen 17 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.