Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Lubok Antu tahan dua lelaki terlibat penyalahgunaan dadah di Engkilili
  • JENAYAH

Polis Lubok Antu tahan dua lelaki terlibat penyalahgunaan dadah di Engkilili

Utusan Sarawak 17 hours ago
DUA lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an ditahan oleh polis selepas disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam satu operasi yang dijalankan di kawasan Engkilili, semalam. Foto: IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Kegiatan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah terbongkar apabila mereka ditahan dalam satu operasi antidadah di Engkilili, semalam.

​Menurut kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu berkata, kedua-dua suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah IPD Lubok Antu.

​Tangkapan tersebut berjaya dilakukan hasil daripada maklumat risikan serta rondaan pencegahan jenayah yang giat dijalankan oleh pihak polis di sekitar kawasan berkenaan.

​Sejurus ditahan, kedua-dua suspek telah dibawa ke pejabat IPD Lubok Antu bagi menjalani pemeriksaan lanjut termasuk ujian saringan awal air kencing.

​Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh pihak polis mendapati kedua-dua suspek disahkan positif dadah jenis ketamine.

​Ekoran daripada keputusan ujian tersebut, kes kini sedang disiasat dengan teliti di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

​Dalam pada itu, IPD Lubok Antu menggesa orang ramai, khususnya Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), untuk terus memberikan kerjasama padu kepada pihak berkuasa.

​Mereka diminta untuk sentiasa menjadi “mata dan telinga” kepada pihak polis dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan dadah di kawasan komuniti masing-masing sebagai usaha bersama membanteras najis dadah.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Pemandu disyaki mabuk ditahan, 35 saman dikeluarkan
Next: Polis tahan kelindan lori disyaki rakam wanita di tandas restoran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.