Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Belanga Sungai Belutik johan Pertandingan Belanga Sagu
  • Utara
  • WILAYAH

Belanga Sungai Belutik johan Pertandingan Belanga Sagu

Utusan Sarawak 4 hours ago
TAHNIAH…Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Fatimah Abdullah menyampaikan hadiah kemenangan kepada Sanap @ Adap Bad, pemilik Belanga Sungai Belutik dari Kampung Tanam yang dinobatkan sebagai johan Pertandingan Belanga Sagu sempena Karnival Balau Dalat 2026.

DALAT: Belanga Sungai Belutik dari Kampung Tanam milik Sanap @ Adap Bad dinobatkan sebagai johan Pertandingan Belanga Sagu sempena Karnival Balau Dalat 2026.

Tempat kedua dimenangi oleh Belanga Gadong milik Segie Kalang dari Kampung Sungai Ud Hilir, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Belanga Komuniti Kampung Tanam Seberang (Tengah) milik Francis Bu Janin.

Dua lagi penyertaan menerima hadiah saguhati, iaitu Belanga Kampung Hilir milik Sarimah Jamal dari Kampung Balan Hilir dan Belanga Kampung Terus milik Kamisah Junih dari Kampung Terus Oya.

Sementara itu, Esma Ezany Toney, 20, dari Kampung Balan Hilir muncul sebagai juara dalam acara MR Jed Challenge Tugau Balau yang turut diadakan semasa Karnival Balau Dalat 2026.

TAHNIAH…Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Fatimah Abdullah menyampaikan hadiah kemenangan kepada Esma Ezany Toney, 20, dari Kampung Balan Hilir muncul juara MR Jed Challenge Tugau Balau.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Fatimah Abdullah, pada Majlis Penangguhan Karnival Balau Dalat 2026 di Tebingan Dalat, hari ini.

Pertandingan Belanga Sagu merupakan antara acara tradisional yang menjadi tarikan utama karnival tersebut dalam usaha memelihara warisan masyarakat Melanau yang terkenal dengan industri sagu.

Dalat, yang merupakan kawasan penanaman sagu terbesar di Sarawak, sememangnya sinonim dengan pengeluaran pelbagai produk berasaskan sagu, termasuk balau.

Belanga pula memainkan peranan penting dalam proses penyediaan dan penghasilan produk tradisional tersebut, sekali gus menjadi simbol warisan yang terus dipelihara oleh masyarakat setempat.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pendedahan awal bantu warga sekolah hadapi situasi kecemasan
Next: Eksklusif: DNA dikesan, namun identiti objek ‘muntah paus’ Belawai kekal misteri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.