Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Almiron dari Paraguay dilayangkan kad merah di bawah peraturan baharu FIFA ‘tutup mulut’
  • SUKAN

Almiron dari Paraguay dilayangkan kad merah di bawah peraturan baharu FIFA ‘tutup mulut’

Utusan Sarawak 6 hours ago
MIGUEL Almiron #10 dari Paraguay memberi reaksi selepas dilayangkan kad merah kerana menutup mulut ketika bercakap dengan seorang pemain lain semasa perlawanan Kumpulan D Piala Dunia FIFA 2026 antara Turkiye dan Paraguay di Stadium San Francisco Bay Area pada 19 Jun 2026 di Santa Clara, California. Foto AFP

SANTA CLARA, Amerika Syarikat:  Pemain Paraguay, Miguel Almiron mencipta sejarah bola sepak yang tidak diingini sebentar tadi selepas menjadi pemain pertama dilayangkan kad merah kerana menutup mulut ketika berdepan pertikaian di atas padang di bawah peraturan baharu FIFA.

Bekas pemain Newcastle itu diperintah keluar padang pada masa kecederaan separuh masa pertama selepas dilihat menutup mulut ketika dipercayai mengeluarkan kata-kata kepada pemain Turkiye, Mert Muldur dalam aksi Piala Dunia Kumpulan D di Santa Clara, California.

PENGADIL Ivan Barton melayangkan kad merah kepada Miguel Almiron #10 (tidak kelihatan dalam gambar) dari Paraguay kerana menutup mulut ketika bercakap dengan seorang pemain lain. Foto AFP

Paraguay ketika itu sedang mendahului 1-0 sebelum Almiron dibuang padang selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).

FIFA pada April lalu mengumumkan bahawa pemain yang menutup mulut ketika berdepan lawan akan dilayangkan kad merah.

Inisiatif yang dilaksanakan di Piala Dunia itu merupakan sebahagian daripada usaha lebih luas untuk membanteras perkauman, kata FIFA.

MIGUEL Almiron #10 dari Paraguay memberi reaksi selepas dilayangkan kad merah kerana menutup mulut ketika bercakap dengan seorang pemain lain. Foto AFP

Peraturan baharu tersebut menyusuli kontroversi awal tahun ini apabila pemain sayap Benfica, Gianluca Prestianni dituduh mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap bintang Real Madrid, Vinicius Junior dalam aksi Liga Juara-Juara pada Februari.

Prestianni menafikan dakwaan tersebut namun kemudian digantung enam perlawanan dengan tiga daripadanya ditangguhkan atas kesalahan “tingkah laku homofobik.”

Presiden FIFA, Gianni Infantino merupakan penyokong utama undang-undang baharu itu.

“Jika anda tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan, anda tidak perlu menutup mulut apabila bercakap. Semudah itu,” kata Infantino pada Mac. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Paraguay mara pusingan seterusnya, Turkiye tersingkir
Next: 10 pemain curi perhatian di Piala Dunia 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.