Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Ugutan bunuh ibu, lelaki dipenjara 18 bulan
  • MAHKAMAH

Ugutan bunuh ibu, lelaki dipenjara 18 bulan

Utusan Sarawak 2 days ago
KOMPLEKS Mahkamah Sibu.

SIBU: Mahkamah Majistret di Sibu hari ini menjatuhi hukuman penjara 18 bulan terhadap seorang lelaki yang mengugut hendak membunuh ibu dan ahli keluarganya ketika berada di bawah pengaruh dadah.

Majistret Oon Kork Chern yang mendengar kes itu memerintahkan tertuduh yang berusia 40 tahun itu menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 17 Jun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut untuk membunuh ibu dan ahli keluarganya yang lain pada 16 Jun 2026 kira-kira 7.40 malam di Lorong Bahagia Selatan 8 yang merupakan tempat kediaman mereka.

Sehubungan itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah Seksyen 506 kanun, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian tertuduh bertindak agresif serta mengambil sebilah pisau dari dapur rumah mereka.

Tertuduh kemudian mengugut pengadu dan mengancam untuk membunuh mereka semua.

Pada 17 Jun 2026 kira-kira 1.10 pagi, pihak polis menahan tertuduh serta merampas sebilah pisau.

Siasatan mendapati tertuduh merupakan anak kandung pengadu dan tinggal bersama keluarga tersebut.

Ketika kejadian, tertuduh dipercayai berada di bawah pengaruh dadah serta mendakwa sering berasa diabaikan oleh ahli keluarganya yang lain.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Keshava Rao Tharma Raja, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Mahkamah tinggi ketepikan sepina, Anwar tidak perlu beri keterangan dalam saman RM30 juta
Next: Padah menyamar sebagai pegawai polis, lelaki dipenjara 10 bulan di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.