Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lapan dikhuatiri maut dalam nahas pesawat pengedom B-52 di California
  • GLOBAL

Lapan dikhuatiri maut dalam nahas pesawat pengedom B-52 di California

Utusan Sarawak 7 hours ago
SEBUAH pesawat pengebom B-52 Stratofortress milik Tentera Udara AS terhempas semasa penerbangan ujian rutin di California pada Isnin – Foto: Agensi.

WASHINGTON/ISTANBUL: Sebuah pesawat pengebom B-52 Stratofortress milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) terhempas semasa penerbangan ujian rutin di California pada Isnin, dengan pegawai tentera menyatakan bahawa impak nahas tidak memberi harapan untuk menemui mangsa yang selamat, lapor Agensi Anadolu.

“Petunjuk awal menunjukkan nahas ini tidak boleh diselamatkan,” menurut Pangkalan Tentera Udara Edwards dalam hantaran di platform X.

Pangkalan itu mengesahkan lapan orang berada di dalam pesawat pengebom strategik berkenaan apabila ia terhempas sejurus berlepas pada 11.20 pagi waktu tempatan (1820 GMT) untuk ‘misi ujian rutin’.

Kakitangan tindak balas kecemasan tiba di lokasi kejadian di timur laut Los Angeles sejurus selepas impak berlaku.

Pihak pangkalan menyatakan bahawa pasukan penyelamat kini sedang berusaha untuk mengesan kesemua kakitangan terlibat dan punca nahas sedang disiasat.

Terdahulu, pihak pangkalan mengumumkan penutupan lapangan terbang berkenaan, dengan semua pesawat yang dalam perjalanan masuk telah dilencongkan.

“Semua pas pelawat bukan komersial telah digantung sehingga diberitahu kelak bagi membolehkan pangkalan memberi tumpuan sepenuhnya kepada operasi tindak balas kecemasan,” menurut kenyataan itu. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Gempa bumi bermagnitud 5.5 gegarkan timur Jepun termasuk Tokyo, tiada amaran tsunami dikeluarkan
Next: Anak bulan Muharam kelihatan petang ini di langit Arab Saudi dan dunia Arab

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.