Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Thailand bangunkan pangkalan data iklim untuk hadapi fenomena El Nino berpanjangan 
  • GLOBAL

Thailand bangunkan pangkalan data iklim untuk hadapi fenomena El Nino berpanjangan 

Utusan Sarawak 3 hours ago
Thailand bangunkan pangkalan data iklim untuk hadapi fenomena El Nino berpanjangan. Foto hiasan.

BANGKOK: Thailand sedang membangunkan data iklim beresolusi tinggi dan alat pemetaan risiko bagi menghadapi fenomena cuaca El Nino yang dijangka berterusan sehingga awal 2027, menurut Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada Selasa, lapor Xinhua.

Memetik data daripada organisasi iklim antarabangsa, kementerian itu menyatakan yang dunia hampir pasti memasuki keadaan El Nino pada Jun hingga Julai, dengan intensitinya dijangka memuncak antara November 2026 dan Januari 2027.

Phirun Saiyasitpanich, Ketua Pengarah Jabatan Perubahan Iklim dan Alam Sekitar berkata jumlah hujan di kebanyakan kawasan Thailand dijangka berada di bawah paras normal dari Jun 2026 hingga Januari 2027, manakala musim hujan berkemungkinan menerima taburan hujan yang lebih rendah sekiranya fenomena itu semakin kuat.

Wilayah selatan dijangka mengalami pengurangan hujan pada Disember dan Januari, sementara suhu purata di seluruh negara dijangka sedikit melebihi paras normal, sekali gus menyebabkan musim sejuk akan datang menjadi lebih sederhana berbanding kebiasaan, kata Phirun dalam satu kenyataan.

Sebagai langkah persediaan, jabatan itu memaklumkan bahawa ia membangunkan unjuran iklim sehingga tahun 2100 yang meliputi data hujan, suhu dan kelembapan. Data itu dikongsi oleh Pusat Maklumat Perubahan Iklim dengan agensi berkaitan untuk perancangan jangka panjang menghadapi banjir dan kemarau.

Jabatan itu juga sedang membangunkan set data beresolusi tinggi mengenai risiko banjir sungai serta peta risiko iklim di peringkat mukim yang meliputi ancaman banjir, kemarau, tanah runtuh, kenaikan paras laut dan peningkatan suhu.

Menurut Phirun, peta risiko itu akan membantu mengenal pasti komuniti dan kawasan pertanian yang terdedah kepada risiko, memandu peruntukan bajet dan tenaga kerja, menyokong petani dalam menyesuaikan jadual penanaman serta pemilihan tanaman dan membantu perancangan bandar bagi mengelakkan pembinaan infrastruktur kritikal di kawasan berisiko tinggi. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sarang burung berkualiti tinggi Malaysia terus jadi pilihan pengguna China
Next: Saintis Australia temukan spesies baharu yu berjalan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.