Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Musyati Sdn Bhd lakukan kerja amal bersihkan pokok tumbang di Bukit Mas
  • Utara
  • WILAYAH

Musyati Sdn Bhd lakukan kerja amal bersihkan pokok tumbang di Bukit Mas

Utusan Sarawak 5 hours ago
KEMASYARAKATAN…Steven (berdiri tiga dari kanan) bersama kakitangan Musyati dan MDL pada kerja pembersihan pokok tumbang di Taman Tasik Mas. 

LIMBANG: Syarikat Musyati Sdn Bhd berganding bahu dengan Majlis Daerah Limbang (MDL) melaksanakan kerja-kerja pembersihan pokok tumbang di Taman Tasik Mas hari ini susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku pada Mac lalu.

Timbalan Pengarah Projek Musyati Sdn Bhd, Steven Sim, berkata inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat berkenaan bagi memastikan kawasan rekreasi itu selamat digunakan orang ramai.

Menurutnya, kerja pembersihan dilaksanakan dengan kerjasama MDL bagi mengalihkan pokok tumbang dan tanah runtuh yang menjejaskan kawasan berkenaan.

“Kerja pembersihan ini dilaksanakan bersama MDL supaya kawasan yang terjejas akibat pokok tumbang dan tanah runtuh dapat dibersihkan serta dipulihkan.

“Ia sekali gus memudahkan orang ramai menjalankan aktiviti rekreasi dan riadah dengan lebih selamat,” katanya ketika ditemui media di Taman Tasik Mas, hari ini.

Beliau berkata taman tersebut bukan sahaja menjadi lokasi pilihan penduduk setempat untuk beriadah, malah turut digunakan oleh kakitangan syarikat bagi menjalankan aktiviti senaman.

Seramai 15 pekerja Musyati Sdn Bhd bersama kakitangan MDL terlibat dalam program gotong-royong yang bermula seawal 8.00 pagi bagi membersihkan pokok tumbang dan tanah runtuh yang menghalang laluan pejalan kaki.

Steven berkata pihaknya optimis usaha pembersihan itu akan memberi manfaat kepada masyarakat dengan menyediakan persekitaran yang lebih selamat dan selesa untuk aktiviti riadah.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan syarikat berkenaan turut merancang untuk melaksanakan program CSR bersama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Cawangan Limbang melalui penganjuran kempen derma darah yang dijadualkan berlangsung pada Julai ini.

Katanya, program tersebut merupakan sebahagian daripada usaha syarikat untuk memperkukuh kerjasama strategik dengan badan sukarela di daerah itu selain menyumbang kepada kesejahteraan komuniti setempat.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Program Ziarah Kasih bukti keprihatinan ADUN Kabong terhadap kebajikan masyarakat
Next: Penduduk Permai Jaya diminta berhati-hati, jauhi tebing sungai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.