Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka tinggi disokong sentimen pasaran lebih baik
  • BISNES

Ringgit dibuka tinggi disokong sentimen pasaran lebih baik

Utusan Sarawak 9 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum peningkatan dengan dibuka tinggi pada Isnin berbanding dolar AS dan mata wang utama lain, disokong oleh sentimen risiko yang lebih baik berikutan petunjuk ketegangan geopolitik yang mereda.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0430/0500 berbanding dolar AS daripada 4.0555/0600 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata berita mengenai kemungkinan Selat Hormuz dibuka semula susulan persetujuan antara Amerika Syarikat dan Iran terhadap perjanjian damai yang dijadual ditandatangani pada 19 Jun telah meningkatkan sentimen pasaran.

“Harga minyak mentah WTI dan Brent telah menurun lebih empat peratus, dengan minyak mentah Brent kini diniagakan pada AS$83.83 setong.

“Pada pandangan saya, kedudukan ringgit adalah ke arah RM4.00 berbanding dolar AS. Ia mungkin tidak berada pada paras tersebut secara serta-merta tetapi berada di bawah RM4.00 adalah selaras dengan nilai saksama ringgit berdasarkan keadaan makroekonomi semasa dan daya tahan pertumbuhan ekonomi Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Pada sesi pembukaan, mata wang tempatan mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama. 

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5275/5320 daripada 2.5334/5364 semasa ditutup pada Jumaat lepas, naik berbanding pound kepada 5.4374/4468 daripada 5.4429/4489 dan menokok berbanding euro kepada 4.6911/6992 daripada 4.6979/7031 sebelum ini.

Mata wang tempatan turut mengukuh berbanding mata wang serantau.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1554/1611 daripada 3.1602/1640 pada Jumaat lepas dan melonjak berbanding baht Thailand kepada 12.4015/4298 daripada 12.4105/4288 sebelum ini.

Mata wang tempatan turut naik berbanding rupiah Indonesia kepada 226.3/226.8 daripada 227.0/227.4 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.65/6.66 daripada 6.67/6.68 sebelum ini. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Lonjakan saham SpaceX angkat Elon Musk sebagai trilionair pertama dunia
Next: Harga minyak menjunam, saham Asia meningkat susulan perjanjian AS–Iran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.