Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tiga maut, seorang hilang dalam nahas maritim di pantai Adriatik, Crotia
  • GLOBAL

Tiga maut, seorang hilang dalam nahas maritim di pantai Adriatik, Crotia

Utusan Sarawak 15 hours ago
GAMBAR hiasan.

ZAGREB: Tiga maut dan seorang masih hilang selepas sebuah katamaran dan sebuah bot layar bertembung pada Ahad berdekatan pantai Adriatik selatan Croatia, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.

Perlanggaran berlaku pada 11.38 pagi waktu tempatan (0938 GMT) di zon maritim Split, antara pulau Solta dan Brac.

Menurut Pentadbiran Polis Daerah Split-Dalmatia, kesemua yang maut ialah penumpang bot layar itu.

Pasukan perubatan kecemasan merawat empat yang lain di tempat kejadian dan tiada yang memerlukan kemasukan ke hospital.

Media tempatan melaporkan bot layar yang dinaiki seramai lapan penumpang itu tenggelam serta-merta berikutan impaknya. Siasatan rasmi sedang dijalankan di lokasi nahas.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Dasar laut terangkat hingga dua meter akibat gempa bumi di Filipina
Next: Tujuh maut, 33 cedera dalam hujan ribut di barat laut Pakistan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.