Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 1.5 tan sisa dikutip dalam Program Pembersihan Ketahanan Karbon Biru Kampus ASEZ
  • Selatan
  • WILAYAH

1.5 tan sisa dikutip dalam Program Pembersihan Ketahanan Karbon Biru Kampus ASEZ

Utusan Sarawak 9 hours ago
SUKARELAWAN ASEZ Kuching Malaysia dan Kelab Alam Sekitar Kolej Universiti i-CATS (ASCATS) bergambar selepas menyertai Program Pembersihan Ketahanan Karbon Biru Kampus ASEZ di Taman Tebingan Batu Kawah.
Foto: ASEZ Malaysia

KUCHING: Sebanyak 1.5 tan sisa berjaya dikutip menerusi Program Pembersihan Ketahanan Karbon Biru Kampus ASEZ yang diadakan di Taman Tebingan Batu Kawah, hari ini.

Program anjuran ASEZ Kuching Malaysia dengan kerjasama Kelab Alam Sekitar Kolej Universiti i-CATS (ASCATS) itu melibatkan lebih 50 sukarelawan terdiri daripada pelajar universiti, ahli keluarga dan rakan-rakan yang menjalankan aktiviti pembersihan sepanjang kira-kira lima kilometer di kawasan tebing Sungai Sarawak.

Menurut kenyataan dari penganjur, program berkenaan merupakan sebahagian daripada Inisiatif Global Perlindungan Ekosistem Karbon Biru 2026 yang bertujuan melindungi ekosistem sungai dan marin selain meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

Pelbagai jenis sisa berjaya dikumpulkan termasuk botol plastik, penyedut minuman, beg plastik, polistirena dan bahan buangan lain yang berpotensi mencemarkan sungai sebelum dihanyutkan ke laut.

Program itu turut mendapat sokongan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) yang menyediakan beg sampah serta membantu proses pengangkutan sisa yang dikumpulkan sepanjang aktiviti tersebut.

Pengerusi MPP, Cr. Tan Kai hadir menyaksikan program berkenaan bersama Pegawai Pentadbiran MPP, Kristin dan Ketua Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Perbandaran MPP, Agnes Penny.

PESERTA Program Pembersihan Ketahanan Karbon Biru Kampus ASEZ bergambar bersama kira-kira 1.5 tan sisa yang berjaya dikumpulkan sepanjang aktiviti pembersihan di Taman Tebingan Batu Kawah, Kuching, hari ini. Foto: ASEZ Malaysia

ASEZ merupakan kumpulan sukarelawan pelajar universiti di bawah Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan yang aktif melaksanakan pelbagai program pemuliharaan alam sekitar, tindakan terhadap perubahan iklim, khidmat masyarakat dan bantuan kemanusiaan di pelbagai negara.

Sebelum ini, pertubuhan itu turut melaksanakan beberapa inisiatif alam sekitar di Sarawak termasuk penanaman pokok, kempen pengurangan penggunaan plastik serta aktiviti pembersihan di kawasan perumahan, kampus dan taman awam.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: 608 penduduk di Long Bemang masih terjejas banjir
Next: 717 peserta sertai Larian Anti Penyalahgunaan Dadah BPHB 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.