Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntukan tambahan diperlukan untuk projek bekalan elektrik Kampung Lubuk Bidai
  • Utara
  • WILAYAH

Peruntukan tambahan diperlukan untuk projek bekalan elektrik Kampung Lubuk Bidai

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATO Paulus Palu Gumbang (tengah) ketika hadir pada majlis perasmian program jangkauan bagi kawasan DUN N.80 Batu Danau di Dewan St Edmund’s, Limbang.

LIMBANG: Projek bekalan elektrik ke Kampung Lubuk Bidai yang tertangguh memerlukan peruntukan tambahan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi membolehkan pelaksanaannya diteruskan dan disiapkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang, berkata projek berkenaan tidak dapat dilaksanakan ketika ini berikutan kekurangan peruntukan yang diluluskan sebelum ini.

“Peruntukan bagi pelaksanaan projek bekalan elektrik ke Kampung Lubuk Bidai di bawah KKDW tidak mencukupi sebelum ini dan memerlukan tambahan peruntukan agar projek yang tertangguh itu dapat disiapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian program jangkauan bagi kawasan DUN N.80 Batu Danau di Dewan St Edmund’s, di sini, semalam.

Dato Paulus berkata, pihak SESCO telah dimaklumkan supaya membuat penilaian semula terhadap projek berkenaan, termasuk menyediakan anggaran kos terkini bagi menyiapkan pelaksanaannya.

Terdahulu, program anjuran Pusat Khidmat DUN N.80 Batu Danau itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pelbagai inisiatif dan program pembangunan yang dilaksanakan kerajaan.

Menurut beliau, program tersebut turut memberi maklumat dan penerangan kepada ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) selaku pemimpin akar umbi mengenai pelbagai program, inisiatif serta dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Katanya, usaha itu penting bagi memastikan maklumat mengenai dasar dan hala tuju pembangunan negeri yang dipimpin oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dapat disampaikan dengan lebih berkesan kepada rakyat di peringkat akar umbi.

Turut hadir Pengarah Program, Samat Gany; wakil Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Benedict Teo; serta wakil Pegawai Daerah Limbang, Danny David.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: JBPM Sarawak tunggu pengesahan JMG mengenai isipadu gas metana di Kuala Lawas
Next: 608 penduduk di Long Bemang masih terjejas banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.