Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JBPM Sarawak tunggu pengesahan JMG mengenai isipadu gas metana di Kuala Lawas
  • Utara
  • WILAYAH

JBPM Sarawak tunggu pengesahan JMG mengenai isipadu gas metana di Kuala Lawas

Utusan Sarawak 8 hours ago
JAMRI pada program Larian Bomba Limbang 4.0 Tahun 2026 di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang, hari ini.

LIMBANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak masih menunggu pengesahan rasmi daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) bagi mengenal pasti isipadu gas metana yang dikesan di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) di Kampung Dato, Kuala Lawas.

Pengarah JBPM Sarawak, Jamri Masran berkata, pengesahan dan verifikasi oleh JMG penting bagi menentukan jumlah isipadu serta kandungan sebenar gas yang terdapat di bawah tanah di kawasan terbabit.

“Kami masih menunggu JMG untuk mengesahkan kandungan dan isipadu gas di bawah tanah tersebut. Jika kandungannya sedikit, pakar-pakar mencadangkan supaya kita menunggu sehingga gas itu habis dilepaskan secara semula jadi.

“Dalam tempoh itu, pemantauan berterusan akan dijalankan dan kawasan berkenaan akan dikawal bagi mengelakkan orang awam memasuki lokasi tersebut.

“Bagaimanapun, jika kandungan gas yang dikesan adalah besar dan memerlukan tempoh yang lama untuk dilepaskan, kawasan itu akan ditutup menggunakan kaedah yang bersesuaian,” katanya.

PENDUDUK Kampung Dato dikejutkan dengan kejadian gas keluar dari permukaan tanah di kawasan tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) pada Rabu lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada program Larian Bomba Limbang 4.0 Tahun 2026 di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang, hari ini.

Menurut Jamri, pasukan Bahan Berbahaya (HAZMAT) JBPM Sarawak Zon Bintulu yang dikerahkan ke lokasi turut mengesahkan gas yang dikesan adalah gas metana dan telah mengesyorkan supaya kawasan berisiko itu ditutup serta-merta bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, termasuk kebakaran atau letupan.

Pada Rabu lalu, penduduk Kampung Dato dikejutkan dengan kejadian gas keluar dari permukaan tanah di kawasan tapak pembinaan NCH.

Kejadian itu disedari oleh orang awam sebelum dilaporkan kepada BBP Lawas pada 12.33 tengah hari.

Siasatan awal mendapati fenomena tersebut berlaku selepas pihak kontraktor menjalankan kerja penggerudian di tapak pembinaan berkenaan.

Terdahulu, program Larian Bomba Limbang 4.0 berjaya menarik penyertaan seramai 651 peserta dari Limbang, Lawas, Miri, Labuan dan Negara Brunei Darussalam, meningkat berbanding lebih 300 peserta yang menyertai program sama tahun lalu.

Empat kategori dipertandingkan iaitu Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, Lelaki Veteran Terbuka dan Wanita Veteran Terbuka.

Turut hadir wakil Pegawai Daerah Limbang, Mariati Samat; Ketua Zon Tujuh JBPM Limbang, Ramlan Marajan; Ketua BBP Limbang, Mohamad Khuzir Azman; serta Ketua BBP Lawas, Clarance D. Primus Tiandun.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Perpaduan masyarakat kunci kejayaan pembangunan luar bandar
Next: Peruntukan tambahan diperlukan untuk projek bekalan elektrik Kampung Lubuk Bidai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.