Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kempen derma darah pupuk gaya hidup sihat, bantu selamatkan nyawa
  • Tengah
  • WILAYAH

Kempen derma darah pupuk gaya hidup sihat, bantu selamatkan nyawa

Utusan Sarawak 5 hours ago
CHIENG…Ketika melawat pameran pada sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2026 anjuran PBSMM Cawangan Sibu di salah sebuah hotel terkemuka, hari ini.

SIBU: Kempen derma darah bukan sahaja berperanan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan bekalan darah, malah menjadi platform untuk menggalakkan gaya hidup sihat melalui pemeriksaan kesihatan berkala.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng berkata, peningkatan kes penyakit tidak berjangkit seperti hipertensi, penyakit jantung dan pelbagai masalah kesihatan lain dalam kalangan masyarakat termasuk golongan muda memerlukan perhatian serius.

“Penyakit yang dahulunya sering dikaitkan dengan golongan berusia kini semakin banyak dikesan dalam kalangan orang muda. Oleh itu, pemeriksaan kesihatan secara berkala amat penting bagi memastikan masalah kesihatan dapat dikesan lebih awal,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2026 anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Cawangan Sibu di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Katanya, pendermaan darah bukan sahaja mencerminkan semangat kemanusiaan, malah menunjukkan kasih sayang dan keprihatinan terhadap masyarakat.

CHIENG bergambar bersama dengan barisan petugas sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2026 anjuran PBSMM Cawangan Sibu di salah sebuah hotel terkemuka, hari ini.

“Setiap beg darah yang didermakan mampu memberi peluang kedua kepada pesakit yang menjalani pembedahan, rawatan kecemasan dan pelbagai prosedur perubatan yang memerlukan bekalan darah,” ujarnya.

Beliau turut melahirkan rasa gembira melihat sambutan menggalakkan masyarakat terhadap program berkenaan, khususnya penyertaan golongan muda sebagai penderma darah.

Katanya, Hospital Sibu sebagai hospital rujukan utama bagi wilayah tengah memerlukan bekalan darah yang mencukupi sepanjang masa bagi memenuhi keperluan pesakit.

Beliau turut memuji usaha PBSMM Cawangan Sibu yang berjaya menarik minat lebih ramai golongan muda untuk menyertai aktiviti kesukarelawanan dan pendermaan darah.

“Saya berharap lebih ramai pelajar menyertai PBSMM kerana melalui penglibatan ini mereka bukan sahaja dapat membentuk sahsiah diri, malah membantu menyebarkan kesedaran mengenai kepentingan pendermaan darah kepada masyarakat,” katanya.

Turut hadir ialah Pengerusi PBSMM Cawangan Sibu, Penghulu Chua Hiong Kee, Pengerusi Penganjur Hari Penderma Darah Sedunia 2026 yang juga Naib Pengerusi PBSMM Cawangan Sibu, Dr Rachel Teng Li Cin dan yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM1.7 juta diperuntukkan bagi 20 projek RTP di DUN Kabong siap dilaksanakan
Next: Vesel nelayan tempatan hanyut ke perairan Indonesia berjaya dibawa pulang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.