Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ribuan rakyat beri penghormatan terakhir kepada Puteri Bajrakitiyabha dalam Perarakan Pemakaman Diraja
  • GLOBAL

Ribuan rakyat beri penghormatan terakhir kepada Puteri Bajrakitiyabha dalam Perarakan Pemakaman Diraja

Utusan Sarawak 15 hours ago
PARA pegawai berbaris untuk memberi penghormatan di hadapan potret Puteri Thailand, Bajrakitiyabha Mahidol, di Istana Besar di Bangkok hari ini. Foto: AFP

BANGKOK: Rakyat Thailand menzahirkan kesedihan mereka di atas   pemergian  Puteri Bajrakitiyabha Narendiradebyavati, puteri sulung Raja Maha Vajiralongkorn, apabila ribuan rakyat negara itu berhimpun di sepanjang laluan dari Hospital Memorial Raja Chulalongkorn bagi menyaksikan Perarakan Pemakaman Diraja hari ini.

Rata-rata rakyat yang berkabung berpakaian hitam dan kelihatan memegang potret Puteri Bajrakitiyabha ketika jenazah baginda dibawa menggunakan kenderaan diraja dari hospital berkenaan ke Istana Besar.

Jenazah puteri itu dibawa menaiki sebuah van berwarna perak yang berada di tengah-tengah perarakan diraja, bertolak dari Hospital Memorial Raja Chulalongkorn kira-kira 4.25 petang sebelum tiba di Istana Besar sekitar 5.05 petang selepas melalui laluan sejauh 10 kilometer.

Puteri Bajrakitiyabha yang berusia 47 tahun menghembuskan nafas terakhir baginda pada Khamis.

Seorang penduduk dari Samut Prakan, Krongthong Samarn, 60-an, yang berdiri di bahu jalan berhampiran Istana Besar menyifatkan Puteri Bajrakitiyabha sebagai seorang yang baik hati serta menjadi sumber sokongan dan inspirasi kepada seluruh rakyat Thailand.

RIBUAN rakyat Thailand beri penghormatan terakhir kepada Puteri Bajrakitiyabha di Istana Besar di Bangkok, hari ini. Foto: AFP

“Saya merasakan Thailand mengalami kehilangan yang amat besar, seolah-olah kami kehilangan satu daripada tunjang yang memberi kami kekuatan dan ketenteraman.

Saya amat sedih dan sukar untuk menggambarkan perasaan ini dengan kata-kata. Sebagai rakyat biasa Thailand, saya hanya mampu menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan ini,” katanya kepada Bernama.

Krongthong berkata mulai sekarang, seluruh rakyat Thailand harus terus memainkan peranan masing-masing untuk kemakmuran dan kemajuan negara.

“Walaupun kami hanya rakyat biasa, kami sayangkan negara kami dan kami tetap setia kepada institusi diraja serta Raja kami,” katanya.

Terdahulu pada sebelah siang, Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul mengetuai barisan menteri Kabinet untuk memberi penghormatan terakhir serta menghadiri istiadat bersiram bagi Puteri Bajrakitiyabha.

ORANG ramai berbaris untuk memberi penghormatan di hadapan potret mendiang Puteri Thailand, Bajrakitiyabha Mahidol, di dewan takhta diraja di Istana Besar, Bangkok hari ini. Foto: AFP

Istiadat  berkenaan diadakan di hadapan potret Puteri Bajrakitiyabha di Pavilion Sahathai Samakhom di Istana Besar.

Semalam, Biro Kerabat Diraja Thailand mengumumkan bahawa Raja Maha Vajiralongkorn telah memberi perkenan kepada orang ramai untuk memberi penghormatan di hadapan potret Puteri Bajrakitiyabha di Pavilion Sahathai Samakhom di dalam perkarangan Istana Besar setiap hari bermula 8.30 pagi hingga 4.00 petang, bermula esok.

Buku ucapan takziah turut disediakan di lokasi berkenaan untuk ditandatangani oleh orang ramai.

Biro itu berkata orang ramai akan dibenarkan memberi penghormatan terakhir kepada jenazah diraja di Pavilion Biman Rataya selepas selesai upacara memperingati diraja selama 15 hari, bermula 9.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari, bermula 27 Jun. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Wanita kritikal selepas diserang jerung di Pantai Coogee, Australia
Next: Wanita maut ketika aktiviti terjun tali di Brazil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.