Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kebakaran cetus pengosongan terminal utama Lapangan Terbang Wellington
  • GLOBAL

Kebakaran cetus pengosongan terminal utama Lapangan Terbang Wellington

Utusan Sarawak 7 hours ago
KEBAKARAN di terminal utama Lapangan Terbang Wellington. Foto Agensi

WELLINGTON, New Zealand: Terminal utama Lapangan Terbang Wellington di ibu negara New Zealand dikosongkan malam ini susulan kebakaran yang mencetuskan penggera asap, tanpa sebarang kecederaan dilaporkan, manakala beberapa penerbangan masuk dilencongkan, lapor Xinhua memetik Radio New Zealand.

Bahagian barat daya terminal dan bangunan terminal utama dikosongkan selepas penggera asap diaktifkan.

Insiden itu dinaik taraf kepada respons amaran kedua selepas anggota bomba mengenal pasti sebuah jentera terbakar.

Kebakaran itu turut mengaktifkan sistem perenjis air di lapangan terbang.

Pihak Bomba dan Kecemasan New Zealand menerima panggilan penggera automatik kira-kira 7.15 malam waktu tempatan dan sebanyak sembilan jentera bomba dikerahkan ke lokasi.

Pihak lapangan terbang menasihatkan penumpang supaya menyemak maklumat penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Hampir 40 peratus warga emas Jepun mahu terus bekerja, didorong faktor kewangan
Next: CDC aktifkan tindak balas kecemasan susulan wabak ‘screwworm’ dalam ternakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.