Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hampir 40 peratus warga emas Jepun mahu terus bekerja, didorong faktor kewangan
  • GLOBAL

Hampir 40 peratus warga emas Jepun mahu terus bekerja, didorong faktor kewangan

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto: AGENSI

ISTANBUL: Hampir 40 peratus warga emas di Jepun mahu terus bekerja dan menerima gaji selepas usia 65 tahun, dengan keperluan kewangan dikenal pasti sebagai faktor utama, menurut kertas putih kerajaan mengenai masyarakat menua yang dikeluarkan pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi.

Tinjauan itu mendapati 39.7 peratus responden Jepun berusia 65 tahun ke atas ingin terus bekerja untuk mendapatkan pendapatan. Angka itu jauh lebih tinggi berbanding hasil tinjauan serupa yang dijalankan tahun lalu di Amerika Syarikat (AS), Jerman dan Sweden, menurut kertas putih yang dimuat naik di laman sesawang kerajaan.

Di AS, kira-kira 24 peratus responden dalam kumpulan umur yang sama menyatakan mereka mahu terus bekerja, manakala jumlah itu sekitar 19 peratus di Jerman dan Sweden, sekali gus menunjukkan realiti demografi dan ekonomi Jepun yang berbeza.

Menurut kertas putih itu, sebab yang paling kerap dinyatakan oleh warga emas Jepun yang ingin terus bekerja ialah keperluan untuk memperoleh pendapatan.

Responden lain berkata pekerjaan membantu mereka mengekalkan kesihatan, terus aktif dalam masyarakat serta memperlahankan kesan penuaan.

Penemuan itu muncul ketika Jepun berdepan cabaran akibat populasi yang semakin menua dan tenaga kerja yang semakin mengecil.
Negara itu mempunyai antara kadar penduduk warga emas tertinggi di dunia, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap sistem pencen, perkhidmatan kesihatan dan pasaran buruh.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pekerja warga emas menjadi sumber tenaga kerja yang semakin penting apabila majikan mencari jalan untuk mengatasi kekurangan pekerja yang berterusan dalam pelbagai industri.

Dapatan tinjauan itu turut mencetuskan semula perdebatan mengenai jaminan persaraan dan peluang pekerjaan untuk warga emas, menunjukkan bahawa bagi ramai rakyat Jepun yang berusia, kekal dalam tenaga kerja bukan sahaja didorong oleh kepuasan peribadi, tetapi juga oleh keperluan ekonomi, menurut kertas putih tersebut. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Letupan gegar pangsapuri di Amsterdam, sekurang-kurangnya 7 cedera
Next: Kebakaran cetus pengosongan terminal utama Lapangan Terbang Wellington

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.