Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Brooke Holding perkukuh kerjasama strategik dalam sektor tenaga dan infrastruktur
  • BISNES

Brooke Holding perkukuh kerjasama strategik dalam sektor tenaga dan infrastruktur

Utusan Sarawak 3 hours ago
WAKIL Brooke Holding, CDSA dan HMT bertukar dokumen MoU yang dimeterai.

KUCHING: Brooke Holding Sdn Bhd (Brooke Holding) memperkukuh kedudukannya dalam sektor tenaga, minyak dan gas serta infrastruktur menerusi pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MoU) bersama rakan strategik industri sempena Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik 2026 (APGH 2026), di sini, semalam.

Menurut Brooke Holding dalam satu kenyataan, majlis menandatangani MoU itu berlangsung semasa sesi makan tengah hari bersama pemain industri dan penceramah yang dianjurkan oleh Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty) serta disaksikan oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

Katanya, MoU pertama melibatkan Brooke Holding, CCCC Dredging Southeast Asia Sdn Bhd (CDSA) dan Hextar Mitai Sdn Bhd (HMT) bagi meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan infrastruktur marin termasuk kerja pengorekan, penambakan, pembinaan jeti dan pelabuhan serta logistik marin.

MoU kedua pula dimeterai antara Brooke Holding dan CNPC Chuanqing Drilling Engineering Company Limited, International Ltd (CCDC) bagi meneroka potensi kerjasama dalam penerokaan dan pembangunan minyak dan gas, perkhidmatan medan minyak bersepadu, CCUS serta peluang berkaitan industri rendah karbon.

WAKIL Brooke Holding dan CCDC bertukar dokumen selepas menandatangani MoU.

Menurut kenyataan itu, kerjasama berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Brooke Holding sebagai penyedia penyelesaian kejuruteraan dan pembinaan yang berpangkalan di Sarawak dalam menyokong agenda pembangunan industri, tenaga dan infrastruktur negeri.

“MoU ini mencerminkan hasrat strategik Brooke Holding untuk mengembangkan kedudukan syarikat dalam bidang bernilai tinggi yang berkait rapat dengan perniagaan teras EPCIC kami, termasuk infrastruktur marin, perkhidmatan sokongan luar pesisir, pembangunan medan minyak dan gas, penyahtauliahan, CCUS serta infrastruktur peralihan tenaga,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama itu turut mewujudkan platform yang lebih kukuh bagi meningkatkan penyertaan tempatan, kerjasama teknikal dan pembangunan keupayaan strategik dalam sektor yang penting kepada pertumbuhan ekonomi Sarawak.

“Sebagai syarikat tempatan Sarawak dan GLC negeri, Brooke Holding mempunyai tanggungjawab untuk terus membina keupayaan, membangunkan penyertaan tempatan dan menyokong aspirasi negeri untuk menjadi hab serantau yang kompetitif dalam sektor tenaga, kejuruteraan, infrastruktur marin dan pembangunan industri mampan,” katanya lagi.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Harga minyak Brent kekal di bawah AS$90 setong ketika pembukaan dagangan Jumaat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.