Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan awal
  • BISNES

Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan awal

Utusan Sarawak 7 hours ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, mengambil petunjuk daripada Wall Street, yang mencatatkan kenaikan mendadak diterajui oleh saham teknologi selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membuat kenyataan positif mengenai prospek perjanjian di Asia Barat.

Pada 9.08 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.74 mata kepada 1,685.27 daripada 1,679.53 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks utama dibuka tinggi 5.34 mata kepada 1,684.87.

Pasaran secara menyeluruh positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 292 berbanding 112 manakala 246 kaunter tidak berubah, 2,053 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 186.53 juta saham bernilai RM110.24 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street mencatatkan kenaikan mendadak didorong oleh saham teknologi selepas Trump membatalkan serangan yang dijadualkan ke atas Iran dan menyatakan resolusi akan ditandatangani dalam beberapa hari akan datang.

“Oleh itu, harga minyak mentah menurun, dengan minyak mentah Brent kini sebanyak AS$90 setong manakala hasil untuk tempoh 10 tahun AS berkurangan kepada 4.459 peratus.

“Kebimbangan meningkat terhadap situasi di Asia Barat, selain pengurangan pegangan dalam saham berkaitan AI telah menyebabkan peniaga terus mengambil pendekatan mengelak risiko,” katanya.

Thong berkata firma mendapati dana asing telah menjadi penjual bersih dalam beberapa hari ini dan berterusan.

“Bagaimanapun, kami berpendirian bahawa bursa tempatan akan terus mendapat sokongan yang baik.

“Kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,675 hingga 1,695 hari ini didorong oleh pemulihan ketara di Wall Street,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank, masing-masing meningkat empat sen kepada RM10.70 dan RM4.82, Tenaga Nasional naik 14 sen kepada RM14.44, CIMB Group menambah empat sen kepada RM7.34 dan IHH Healthcare menurun tiga sen kepada RM8.70. 

Bagi saham aktif, VS Industry mendatar pada 20 sen, Velesto berkurangan setengah sen kepada 29.5 sen, waran Destini mendatar pada 5.5 sen, AirAsia X meningkat tiga sen kepada RM1.17 manakala GIIB dan Tance, masing-masing tidak berubah pada 48.5 sen dan 20 sen. 

Kaunter paling untung ialah Petronas Dagangan naik 42 sen kepada RM18.14, Fraser and Neave menambah 30 sen kepada RM26.10, Khind meningkat 13 sen kepada RM1.46 dan Hong Leong Industries menokok 10 sen kepada RM18.20.

Dalam kalangan kaunter paling rugi, Kuala Lumpur Kepong menurun 16 sen kepada RM20.78, Bursa Malaysia dan Petronas Chemicals, masing-masing merosot enam sen kepada RM8.68 dan RM5.74.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 42.24 mata kepada 12,495.84, Indeks FBM Top 100 menambah 39.90 mata kepada 12,338.33 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 32.88 mata kepada 12,476.62.

Indeks FBM Mid 70 naik 48.84 mata kepada 17,961.25 dan Indeks FBM ACE menambah 36.49 mata kepada 4,708.25.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 71.27 mata kepada 19,574.94, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menurun 0.05 mata kepada 198.43, Indeks Tenaga berkurangan 4.26 mata kepada 780.60 dan Indeks Perladangan merosot 14.37 mata kepada 8,791.46. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, kebanyakan mata wang serantau
Next: Harga minyak Brent kekal di bawah AS$90 setong ketika pembukaan dagangan Jumaat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.