Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki positif dadah, miliki rekod lampau ditahan polis di Betong
  • JENAYAH

Lelaki positif dadah, miliki rekod lampau ditahan polis di Betong

Utusan Sarawak 14 hours ago
POLIS berjaya menahan seorang lelaki berusia 37 tahun kerana memiliki dadah serta disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan bahan terlarang tersebut di sekitar kawasan Betong, petang tadi. Foto: IPD Betong

BETONG: Seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong selepas dipercayai memiliki dadah dan terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di daerah ini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek berkata, suspek ditahan sekitar 2.00 petang di kawasan Betong sebelum dibawa ke IPD Betong untuk tindakan lanjut.

Menurut beliau, hasil saringan ujian air kencing yang dijalankan terhadap suspek di Pejabat BSJN IPD Betong mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Siasatan lanjut turut mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

DSP Wan Mohamad Ali berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah. Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun.

Selain itu, suspek turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan.

Kesalahan tersebut memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

DSP Wan Mohamad Ali menegaskan bahawa polis memandang serius jenayah dadah dalam kalangan masyarakat dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti berkaitan penyalahgunaan serta pengedaran dadah.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya terus bekerjasama dengan pihak polis dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan dadah bagi membantu usaha membanteras jenayah tersebut di Daerah Betong.

Maklumat boleh disalurkan kepada Balai Polis Betong di talian 083-472345.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan miliki cecair disyaki air ketum di Kampung Seniawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.