Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Nurul Izzah pertahan emas pecut kejohanan kebangsaan
  • SUKAN

Nurul Izzah pertahan emas pecut kejohanan kebangsaan

Utusan Sarawak 8 hours ago
PEMENANG pingat Emas dari Kedah Nurul Izzah Izzati Mohd Asri (tengah) bergambar di atas podium bersama pemenang Perak, Nur Alyssa Mohd Farid dari Johor dan Gangsa Nurul Aliana Syafika Azizan (kiri) dari Pulau Pinang bagi acara Sprint Wanita Elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan di Velodrom Nasional Nilai, hari ini. Foto Bernama

NILAI: Pelumba berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan kejayaan mempertahankan pingat emas acara pecut elit pada Kejohanan Trek Kebangsaan dan Remaja Kebangsaan kali ini sebagai pencapaian yang cukup bermakna.

Nurul Izzah berkata kejayaan tahun ini juga lebih istimewa kerana saingan yang dihadapi lebih sengit berbanding edisi lepas, selain terpaksa melalui perlumbaan penentuan ketika aksi final buat pertama kali di Kejohanan Kebangsaan.

Pelumba Kedah itu berkata walaupun berlaku kesilapan pada perlumbaan pertama, namun beliau lega berjaya memperbaiki kelemahan itu untuk bangkit pada dua perlumbaan terakhir.

“Tahun ini memang sangat bermakna untuk saya kerana Nur Alyssa (pelumba Johor, Nur Alyssa Mohd Farid) turut mengambil bahagian, jadi persaingan lebih mencabar. Saya juga tidak pernah ke perlumbaan penentuan dalam Kejohanan Kebangsaan, jadi ini merupakan satu perkembangan yang baik.

“Kita perlu terus meningkatkan prestasi, tidak boleh berasa selesa dengan kedudukan sekarang. Kita ada pencabar yang mampu memberikan saingan yang sama hebat, jadi ini adalah perkara yang baik supaya terus memperbaiki diri bersama-sama untuk pertandingan seterusnya,” katanya ketika ditemui selepas perlumbaan di Velodrom Nasional, Nilai di sini hari ini.

Kejayaan hari ini menambah kegembiraan Nurul Izzah selepas turut memenangi emas dalam acara keirin semalam.

Dalam pada itu, pingat gangsa pecut wanita menjadi milik Nurul Aliana Syafika Azizan dari Pulau Pinang yang menewaskan pelumba Selangor, Yong Ann Tung.

Mengenai kejohanan seterusnya, Nurul Izzah berkata tumpuannya kini terarah kepada Sukan Komanwel 2026 di Glasgow, Scotland pada Julai, Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun (September) dan Kejohanan Dunia yang dijadual berlangsung pada Oktober.

Katanya, beliau sedang berusaha mengumpul mata kelayakan ke Kejohanan Dunia, namun Sukan Komanwel dan Sukan Asia juga penting dalam perancangannya musim ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: IAEA bantu Mexico perkukuh keselamatan Piala Dunia FIFA 2026
Next: Kecoh di zon peminat Piala Dunia Mexico ketika ribuan penyokong berebut masuk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.