Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sukan petanque bakal diperkasakan demi pembangunan belia Kabong
  • Tengah
  • WILAYAH

Sukan petanque bakal diperkasakan demi pembangunan belia Kabong

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir semasa menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pemuda PBB Cawangan Kabong bersama Pengerusi Kelab Boules Kabong serta beberapa wakil ahli kelab di Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong, semalam. Foto: ADUN Kabong

KABONG: Usaha memperkasa pembangunan golongan belia menerusi aktiviti sukan dan rekreasi yang sihat terus menjadi agenda utama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, komitmen tersebut amat penting bagi melahirkan generasi muda yang aktif, berdisiplin serta berdaya saing demi masa depan daerah ini.

Menurut beliau, salah satu inisiatif baharu yang sedang dirancang adalah untuk membudayakan serta mendedahkan sukan petanque kepada belia tempatan.

“Sukan ini dilihat sebagai platform terbaik untuk menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan, selain mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

“Saya amat menyambut baik cadangan ini dan berharap kerjasama erat antara Pemuda PBB Cawangan Kabong dan Kelab Boules Kabong dapat diperkukuhkan bagi menjayakan pelbagai program pembangunan belia pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kabong, Abdul Rahim Peli, bersama Pengerusi Kelab Boules Kabong, Mohamad Firdaus Badyalina, serta beberapa wakil ahli kelab di Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong, semalam.

DATO Mohd Chee Kadir semasa menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pemuda PBB Cawangan Kabong bersama Pengerusi Kelab Boules Kabong serta beberapa wakil ahli kelab di Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong, semalam. Foto: ADUN Kabong

Dalam pertemuan tersebut, pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk cadangan untuk melaksanakan program-program bersama yang melibatkan golongan belia di seluruh kawasan Kabong.

Chee Kadir turut menzahirkan harapan agar usaha memperkenalkan dan mempromosikan sukan petanque di kawasan berkenaan dapat menarik lebih ramai penyertaan anak muda setempat.

“Langkah ini secara tidak langsung mampu mencungkil bakat baharu untuk melahirkan atlet-atlet berpotensi yang boleh diketengahkan ke peringkat daerah mahupun negeri,” katanya.

Melalui kerjasama strategik yang terjalin ini, ia diharapkan dapat memberikan manfaat yang berterusan kepada komuniti serta menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan yang dinamik di DUN Kabong.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: 140 penduduk sertai Ceramah Keselamatan Kebakaran anjuran JBPM di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.