Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • IAEA bantu Mexico perkukuh keselamatan Piala Dunia FIFA 2026
  • SUKAN

IAEA bantu Mexico perkukuh keselamatan Piala Dunia FIFA 2026

Utusan Sarawak 10 hours ago
PEGAWAI polis Mexico berkawal di Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico City (AICM) menjelang Piala Dunia FIFA 2026. Foto: AFP

VIENNA: Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) membantu Mexico memperkukuh langkah keselamatan nuklear bagi menghadapi kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.

Pengarah Bahagian Keselamatan Nuklear IAEA Elena Buglova berkata agensi itu menerima permintaan daripada Mexico untuk memberikan sokongan sepanjang kejohanan berkenaan.

“IAEA komited menyokong negara dalam melaksanakan langkah keselamatan nuklear semasa acara awam berskala besar.

“Susulan permintaan Mexico, IAEA menyediakan bantuan untuk terus memperkukuh keupayaan negara itu, termasuk latihan dan pinjaman peralatan pengesanan radiasi,” katanya semasa program wartawan di ibu pejabat IAEA di sini.

Buglova berkata IAEA menyediakan analisis ancaman dan kepakaran teknikal kepada negara anggota berkaitan pencegahan, pengesanan dan tindak balas terhadap perbuatan berniat jahat yang melibatkan bahan nuklear atau bahan radioaktif lain.

PEGAWAI polis Mexico berkawal di Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico City (AICM) susulan ancaman protes oleh Koordinator Kebangsaan Pekerja Pendidikan (CNTE) menjelang Piala Dunia FIFA 2026. Foto: AFP

Beliau berkata IAEA membantu negara anggota memperkukuh langkah keselamatan dan kesiapsiagaan terhadap ancaman nuklear sejak 2004 sempena Sukan Olimpik di Greece.

Sehingga kini, agensi itu telah menyokong hampir 90 acara awam berskala besar di 49 negara di seluruh dunia. Lebih separuh daripadanya merupakan acara sukan termasuk Piala Dunia FIFA Qatar 2022, Piala Negara-Negara Afrika di Maghribi pada 2025 serta Sukan SEA ke-29 di Malaysia pada 2017.

Acara bukan sukan pula melibatkan perhimpunan kebudayaan, politik dan keagamaan.

Bagaimanapun, Buglova berkata Amerika Syarikat (AS), satu daripada tiga penganjur bersama Piala Dunia FIFA 2026 selain Mexico dan Kanada, tidak memohon bantuan IAEA.

Beliau berkata AS mempunyai keupayaan kukuh dan pengalaman luas dalam memastikan keselamatan acara sukan besar seperti Super Bowl, selain kerap berkongsi kepakaran dan pengalaman dengan negara lain menerusi IAEA.

ANGGOTA Pengawal Kebangsaan Mexico berkawal berhampiran lokasi FIFA Fan Fest Guadalajara di Plaza de la Liberacion, Guadalajara menjelang kejohanan Piala Dunia FIFA 2026. Foto: AFP

Piala Dunia FIFA 2026, yang bermula hari ini hingga 19 Julai, menyaksikan 48 pasukan bersaing dalam 104 perlawanan di Kanada, Mexico dan AS.

Kejohanan itu akan membuka tirai di Stadium Mexico City dengan Mexico menentang Afrika Selatan.

Mexico akan menganjurkan 13 perlawanan dan menempatkan tujuh pusat latihan pasukan. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Lapangan Terbang Changi bawa demam Piala Dunia kepada pengembara
Next: Nurul Izzah pertahan emas pecut kejohanan kebangsaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.