Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek pelebaran Jalan Pei Yuan Sungai Moyan 3 siap sepenuhnya
  • Selatan
  • WILAYAH

Projek pelebaran Jalan Pei Yuan Sungai Moyan 3 siap sepenuhnya

Utusan Sarawak 5 hours ago
TAN Kai (empat kiri) meninjau projek pelebaran Jalan Pei Yuan Sungai Moyan 3 yang merupakan sebahagian daripada usaha MPP menaik taraf infrastruktur awam di Batu Kawah.

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) berjaya menyiapkan projek pelebaran Jalan Pei Yuan Sungai Moyan 3, selepas pemeriksaan akhir dilaksanakan hari ini.

Pengerusi MPP, Tan Kai berkata, projek itu melibatkan pelebaran jalan sepanjang 605 meter dengan tambahan lebar dua meter bagi meningkatkan tahap keselamatan, melancarkan aliran trafik serta menambah baik aksesibiliti penduduk dan pengguna jalan raya di kawasan berkenaan.

Beliau menjalankan pemeriksaan akhir bersama pegawai MPP serta wakil kontraktor, Syarikat C.J. Serin, bagi memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan mematuhi skop dan spesifikasi yang ditetapkan.

Menurutnya, projek tersebut mencerminkan komitmen berterusan MPP dalam menaik taraf infrastruktur awam demi memenuhi keperluan komuniti yang semakin berkembang di kawasan Batu Kawah.

“Dengan siapnya projek ini, penduduk dan pengguna jalan raya akan menikmati perjalanan yang lebih selesa dan selamat,” katanya.

Tan turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama, komitmen dan usaha mereka dalam memastikan projek itu dapat disiapkan dengan jayanya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap serah kerusi roda, alat bantuan berjalan kepada warga emas di Kota Sentosa
Next: RM2.14 juta pampasan tanah, buka laluan pembangunan baharu Nanga Budu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.