Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 47 maut, lebih 346,000 terjejas selepas gempa kuat di Selatan Filipina
  • GLOBAL

47 maut, lebih 346,000 terjejas selepas gempa kuat di Selatan Filipina

Utusan Sarawak 8 hours ago
PESAKIT ditempatkan sementara di luar Hospital Wilayah Sarangani di Alabel pada 9 Jun 2026 selepas kemasukan ramai pesakit susulan gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter yang melanda wilayah selatan Filipina. Foto AFP

MANILA: Sekurang-kurangnya 47 terbunuh, 31 hilang dan 688 cedera selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda pantai selatan Mindanao, Filipina, pada Isnin, menurut Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) pada Khamis, lapor Xinhua.

Menurut NDRRMC, gempa bumi itu menjejaskan lebih 75,300 isi rumah atau lebih 346,000 orang dan lebih 45,000 penduduk terjejas kehilangan tempat tinggal dengan lebih 12,600 rumah mengalami kerosakan.

Gempa bumi itu turut mencetuskan 45 kejadian berkaitan terutamanya tanah runtuh.

Badan itu menambah gempa bumi menjejaskan operasi 45 bahagian jalan, lapan bahagian jambatan, satu lapangan terbang dan dua pelabuhan laut serta industri pertanian, penternakan dan perikanan.

Perkhidmatan tenaga terjejas di 48 bandar dan majlis perbandaran.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina memaklumkan gempa bumi tektonik itu berlaku pada 7:37 pagi waktu tempatan pada kedalaman 33 kilometer (km) dengan pusat gempa 32 km barat daya pantai bandar Maasim di wilayah Sarangani di Pulau Mindanao. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: 2 maut, seorang cedera dalam nahas pesawat kecil di Brazil
Next: Satu-satunya mangsa terselamat nahas Air India gesa penjelasan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.