Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tehran dilanda demam Piala Dunia
  • SUKAN

Tehran dilanda demam Piala Dunia

Utusan Sarawak 8 hours ago
SEORANG lelaki Iran duduk di bawah replika trofi Piala Dunia yang dipamerkan di bawah sebuah jambatan di Tehran pada 7 Jun 2026. Pasukan kebangsaan Iran, yang turut dikenali sebagai Team Melli, akan memulakan kempen Piala Dunia 2026 yang dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada dengan menentang New Zealand di Los Angeles pada 15 Jun sebelum berdepan Belgium dan Mesir dalam saingan Kumpulan G. Iran telah berperang dengan Amerika Syarikat dan Israel sejak 28 Februari, namun gencatan senjata yang rapuh berkuat kuasa sejak 8 April. Tehran dan Washington tidak mempunyai hubungan diplomatik sejak 1980 susulan krisis tebusan di Kedutaan Amerika Syarikat, yang berlaku selepas revolusi Islam yang menggulingkan Shah yang disokong Amerika Syarikat. Foto AFP

TEHRAN: Demam bola sepak melanda ibu negara Iran menjelang Piala Dunia FIFA 2026, membayangi ketegangan geopolitik berterusan antara Tehran dan tuan rumah bersama kejohanan Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi (AA).

Sebuah replika gergasi trofi Piala Dunia kini berdiri di atas jalan utama Tehran, menjadi tumpuan peminat tempatan.

Sementara itu, pusat beli-belah dan kedai sukan di seluruh bandar melaporkan peningkatan jualan jersi pasukan kebangsaan Iran, bola sepak dan barangan kejohanan sambil orang ramai menyatakan sokongan terhadap ‘Team Melli’ (gelaran untuk pasukan bola sepak kebangsaan Iran).

Kejohanan itu, yang dianjurkan bersama oleh AS, Kanada dan Mexico, membawa ‘beban’ unik untuk warga Iran, kerana pasukan kebangsaan akan bermain semua perlawanan peringkat kumpulan Kumpulan G di AS, khususnya di Los Angeles dan Seattle. – Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Son tenangkan pemain Korea Selatan ‘terlalu bersemangat’ menjelang sepak mula Piala Dunia
Next: Piala Dunia: Pemain pertahanan Korea Selatan Kim Tae-Hyeon cedera, terlepas perlawanan pertama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.