Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PBSMM Sibu sasar kutipan 150 pain darah pada Hari Penderma Darah Sedunia
  • Tengah
  • WILAYAH

PBSMM Sibu sasar kutipan 150 pain darah pada Hari Penderma Darah Sedunia

Utusan Sarawak 8 hours ago
PBSMM Sibu sasar kutipan 150 pain darah pada Hari Penderma Darah Sedunia.

SIBU: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Cawangan Sibu menyasarkan kutipan sebanyak 150 pain darah sempena sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2026 yang akan berlangsung di Hotel Kingwood, Sibu pada 14 Jun ini.

Pengerusi Penganjur Hari Penderma Darah Sedunia 2026 yang juga Naib Pengerusi PBSMM Cawangan Sibu, Dr Rachel Teng Li Cin berkata, sambutan yang dianjurkan dengan kerjasama Hospital Umum Sibu itu turut mengiktiraf 186 penderma darah tetap atas komitmen mereka membantu menyelamatkan nyawa menerusi amalan pendermaan darah secara berterusan.

Menurutnya, sambutan bertemakan ‘Setitis Kemanusiaan, Derma Darah Selamatkan Nyawa’ itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendermaan darah dan plasma, selain memperkukuh budaya pendermaan darah secara sukarela dalam kalangan masyarakat.

“Majlis ini turut mengiktiraf penderma darah yang berjaya menderma sekurang-kurangnya 10 pain darah sepanjang 2025, selain memberi penghargaan kepada penganjur kempen derma darah yang aktif membantu memastikan bekalan darah di Hospital Sibu sentiasa mencukupi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PBSMM Cabang Sibu.

Beliau berkata, kempen derma darah akan berlangsung dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, manakala setiap penderma yang berjaya akan menerima sijil penghargaan daripada Ibu Pejabat Kebangsaan PBSMM sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka.

Selain kempen derma darah, pelbagai aktiviti kesihatan turut diadakan dari 9.00 pagi hingga 1.00 petang termasuk pendaftaran pendermaan organ, program kesedaran kesihatan mental, kesedaran penyakit kelamin, kawalan jangkitan, ujian glukosa dan kolesterol percuma, imbasan ketumpatan tulang, ujian kekuatan otot, ujian mobiliti, fisioterapi serta program Kenali Ubat Anda.

Turut diadakan pertandingan mewarna melibatkan 58 kanak-kanak berusia antara sembilan hingga 12 tahun dengan kerjasama Hospital Sibu, Kumpulan Sri Minyak, Lions Club of Sibu Berjaya dan Lions Club of Sibu Queensway.

Dr Rachel berkata, program berkenaan mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Liangtye Trading Sdn Bhd, Lions Club of Sibu Loving Care, Lions Club of Sibu Queensway, Kumpulan Sri Minyak, Biolife Lab (Sibu) Sdn Bhd dan Alpro Pharmacy.

Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew dijadualkan hadir sebagai tetamu kehormat bagi menyempurnakan majlis tersebut.

Turut hadir Pengerusi PBSMM Cawangan Sibu, Penghulu Chua Hiong Kee.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gerawat Gala adakan sesi randau bersama masyarakat Bario
Next: Wilfred Yap serah kerusi roda, alat bantuan berjalan kepada warga emas di Kota Sentosa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.