Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Negara perlu lebih tegas pertahankan perdagangan bebas – PM Anwar
  • SEMASA

Negara perlu lebih tegas pertahankan perdagangan bebas – PM Anwar

Utusan Sarawak 8 hours ago
PERDANA Menteri Jepun, Sanae Takaichi dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghadiri mesyuarat dua hala di Pejabat Perdana Menteri di Tokyo pada 10 Jun 2026. Foto AFP

KUALA LUMPUR: Negara berdaulat tidak seharusnya ragu-ragu dalam mempertahankan perdagangan bebas dan membantah tarif punitif atau dasar diskriminasi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata sebagai sebuah negara berdaulat dalam dunia yang saling bergantungan, Malaysia telah menyatakan pendiriannya mengenai tarif dengan jelas dan telah menggesa negara lain untuk lebih tegas serta lantang dalam menyuarakan pandangan mereka mengenai perdagangan bebas dan multilateralisme.

“Adakah kita bersetuju bahawa perlu ada tarif punitif atau dasar diskriminasi? (Tidak) kita tidak bersetuju. Adakah kita menyokong perdagangan bebas? (Jika ya), maka nyatakannya sebagai satu dasar.

“Sudah tentu, anda tahu batasannya tetapi anda (tetap) perlu menyatakannya. Jika tidak, anda tidak menyumbang kepada pemikiran baharu ini,” kata beliau pada sesi soal jawab selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Nikkei di Tokyo, Jepun, hari ini.

Sesi itu disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial.

Anwar ditanya bagaimana ASEAN dapat menangani dasar perlindungan oleh kuasa besar dan perbezaan dalaman antara negara anggota dengan berkesan, termasuk sama ada penglibatan dengan perkumpulan seperti BRICS – terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan – membentuk sebahagian daripada kepelbagaian strategik yang lebih luas.

Beliau berkata amat penting bagi ASEAN untuk terus terlibat secara aktif dan dinamik dengan semua negara, pada masa yang sama mengekalkan prinsip kepusatan dan pendirian yang bebas.

Di Malaysia, beliau berkata negara mempunyai hubungan yang amat baik dengan Amerika Syarikat, rakan perdagangan dan pelaburannya yang terbesar.

Bagaimanapun, Anwar berkata Malaysia tidak bersetuju dengan tarif yang dikenakan secara unilateral.

“Adakah saya menyatakannya kepada Presiden Donald Trump? Sudah tentu, walaupun disampaikan semasa mesyuarat (Sidang Kemuncak ASEAN) yang Malaysia anjurkan. Kami menjangka perkara yang sama daripada negara lain supaya kita dapat membina kata sepakat.

“Sudah tentu, setiap negara mempunyai keutamaan masing-masing dan ini bukan situasi satu pihak menang dan pihak lain kalah,” kata Anwar, sambil menambah bahawa tidak benar beliau cenderung ke arah negara tertentu seperti yang dilihat oleh sesetengah pihak dalam media.

Anwar menegaskan bahawa penyertaan Malaysia dalam BRICS tidak bermakna meninggalkan hubungan perdagangan dan pelaburannya yang kukuh dengan AS.

Beliau berkata Malaysia akan terus meningkatkan kerjasama dengan BRICS dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC), yang disifatkan sebagai perkumpulan yang berdaya maju dengan kemajuan ketara dalam peralihan teknologi dan tenaga. – Bernama

Continue Reading

Previous: PM Anwar diberi sambutan rasmi di Pejabat Takaichi
Next: Malaysia, Jepun berupaya perkukuh rantaian bekalan teknologi serantau – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.