Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • United Kingdom AI di mahkamah, tangani lambakan kes dan percepat keadilan
  • GLOBAL

United Kingdom AI di mahkamah, tangani lambakan kes dan percepat keadilan

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto: Janaan AI

LONDON: Kerajaan United Kingdom (UK) memulakan projek perintis penggunaan kecerdasan buatan (AI) di Crown Court sebagai sebahagian daripada program lebih luas untuk memodenkan sistem keadilan dan menangani peningkatan tunggakan kes mahkamah, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Beberapa inisiatif teknologi baharu akan diuji, termasuk alat bantuan undang-undang berasaskan AI yang bertujuan membantu peguam dan kakitangan mahkamah melaksanakan tugasan rutin seperti penyelidikan undang-undang dan analisis kes.

Kementerian Kehakiman UK dalam satu kenyataan berkata alat itu akan dibangunkan dengan kerjasama pakar undang-undang terkemuka UK dan pembangun AI, selain sistem pengurusan kes yang dipertingkatkan bagi mempercepatkan perjalanan kes melalui proses mahkamah.

Sebelum dilaksanakan di Crown Court, AI itu akan diuji dalam persekitaran terkawal mengikut piawaian keselamatan dan etika yang ketat, yang menurut pihak berkuasa perlu dipenuhi bagi memenuhi jangkaan hakim dan pengamal undang-undang.

Pada masa sama, hakim dijangka menggunakan sistem AI berasingan untuk membantu mengenal pasti kes yang sedia untuk dibicarakan serta mengelompokkan pendengaran kes yang serupa, dengan matlamat meningkatkan kecekapan dan penggunaan sumber mahkamah secara optimum.

“AI mempunyai kuasa untuk mengubah cara kita hidup, bekerja dan mentadbir ke arah yang lebih baik.

“Kesan positif ini dapat dilihat dalam sistem keadilan kita dengan ribuan hari kerja pentadbiran dapat dijimatkan bagi kakitangan perkhidmatan percubaan, serta kemunculan alat baharu yang bertujuan mengurangkan tunggakan kes mahkamah dan mempercepat penyampaian keadilan kepada mangsa,” kata Timbalan Perdana Menteri UK David Lammy dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, semua pegawai perkhidmatan percubaan di England dan Wales dibekalkan dengan alat AI dikenali sebagai Justice Transcribe, yang secara automatik merakam dan mentranskripsikan perbualan dengan pesalah, sekali gus mengurangkan beban kerja pentadbiran.

Kementerian itu menganggarkan sistem berkenaan mampu menjimatkan masa kerja bersamaan 18,750 hari setahun.

Sistem serupa turut sedang diuji di tribunal imigresen dan suaka, dengan potensi untuk diperluaskan ke seluruh sistem mahkamah dan tribunal pada masa hadapan.

Persatuan Undang-Undang England dan Wales sebelum ini menyuarakan kebimbangan mengenai pengenalan AI ke dalam sistem mahkamah.
Sementara itu, tunggakan kes di Crown Court di England dan Wales meningkat ke paras rekod, melebihi 80,000 kes pada awal tahun ini. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 235 tan air zamzam diedarkan setiap hari di Masjid Nabawi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.