Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 235 tan air zamzam diedarkan setiap hari di Masjid Nabawi
  • GLOBAL

235 tan air zamzam diedarkan setiap hari di Masjid Nabawi

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto Bernama

MADINAH: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan Masjid Nabawi mengagihkan kira-kira 235 tan air zamzam setiap hari, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Usaha memenuhi keperluan jemaah dan pengunjung itu diteruskan sepanjang tahun, sebagai sebahagian usaha berterusan untuk memberikan perkhidmatan kepada jemaah di dua masjid suci itu.

Sistem berkenaan terdiri daripada lebih 10,000 pembahagi air zamzam yang diedarkan di seluruh Masjid Nabawi dan pekarangannya, diisi semula dan dipantau secara berterusan, dengan pemeriksaan kualiti dan keselamatan berkala menggunakan teknologi ujian air khusus terkini untuk memastikan akses yang selamat dan lancar kepada air yang diberkati itu.

Perkhidmatan tersebut adalah sebahagian ekosistem bersepadu pihak berkuasa untuk menjaga pengunjung Masjid Nabawi dan menyediakan perkhidmatan dengan standard kualiti dan kecekapan operasi tertinggi.- Bernama-SPA

Continue Reading

Previous: Gunung berapi Lewotobi Laki-Laki Indonesia kekal aktif
Next: United Kingdom AI di mahkamah, tangani lambakan kes dan percepat keadilan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.