Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • OpenAI failkan permohonan secara sulit bagi potensi penyenaraian di pasaran saham
  • GLOBAL

OpenAI failkan permohonan secara sulit bagi potensi penyenaraian di pasaran saham

Utusan Sarawak 7 hours ago

SAN JOSE, California: OpenAI, syarikat pengeluar ChatGPT, menjadi syarikat teknologi terbaharu di Amerika Syarikat yang bergerak ke arah potensi penyenaraian besar di pasaran saham, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Syarikat itu pada Isnin memfailkan secara sulit bagi tawaran awam permulaan (IPO), melengkapkan kelompok tiga penyenaraian mega yang dijangka melibatkan firma teknologi utama.

Seperti pesaingnya, Anthropic, butiran pemfailan itu masih dirahsiakan buat masa ini. OpenAI turut menegaskan bahawa penyenaraian itu mungkin masih mengambil masa kerana terdapat kelebihan perniagaan jika syarikat kekal sebagai entiti persendirian.

Syarikat angkasa milik Elon Musk, SpaceX dijangka membuat penampilan sulung di pasaran saham seawal Jumaat, dengan sasaran penilaian hampir AS$1.8 trilion sejak permulaan.

Dengan hasil dijangka sekitar AS$75 bilion, ia bakal menjadi IPO terbesar dalam sejarah. Penilaian yang disasarkan itu dilihat luar biasa tinggi memandangkan SpaceX menjana pendapatan kurang daripada AS$19 bilion tahun lepas dan mengalami kerugian. Bagaimanapun, syarikat itu menekankan potensi pertumbuhan masa depan.

Anthropic baru-baru ini menyelesaikan pusingan pendanaan yang menilai syarikat itu pada AS$900 bilion, manakala OpenAI dinilai sedikit lebih rendah dalam pusingan pendanaan terbaharunya.

Syarikat pengeluar ChatGPT itu mempunyai rancangan bercita-cita tinggi untuk melabur ratusan bilion dolar dalam pusat data, dan hasil daripada IPO berpotensi membantu membiayai rancangan berkenaan.

Namun, seperti syarikat lain dalam sektor itu, masih terdapat keraguan besar sama ada jumlah pelaburan besar dalam infrastruktur AI itu akhirnya dapat dipulangkan.

Penyenaraian AI yang dijangka itu juga bakal menguji minat pelabur untuk terus menyokong sektor berkenaan. – Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Ombak besar, ribut landa ibu negara New Zealand
Next: Gunung berapi Lewotobi Laki-Laki Indonesia kekal aktif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.